Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting wujudkan tentera kuat demi kemantapan, perlindungan S'pura, kata Ng Eng Hen

Dr Ng Eng Hen yakin setiap anggota SAF akan melakukan yang terbaik bagi memastikan rakyat dapat bergantung kepada angkatan bersenjata kita untuk mempertahankan Singapura dan kepentingannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jul 2022 07:25PM Dikemas Kini : 01 Jul 2022 09:33PM
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura menekankan pentingnya negara ini mempunyai angkatan bersenjata yang boleh dipercayai dan kuat.

Ia bagi mewujudkan kemantapan dan perlindungan di tengah-tengah keadaan sejagat yang tidak menentu.

Dalam ucapannya di Politeknik Temasek sempena Hari SAF, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata dunia kini dalam keadaan amat tidak menentu berbanding keadaannya sejak tamat perang dunia yang terakhir.

Menurut Dr Ng beliau yakin setiap anggota SAF akan melakukan yang terbaik bagi memastikan rakyat dapat bergantung kepada angkatan bersenjata kita untuk mempertahankan Singapura dan kepentingannya.

Dr Ng berkata: "Kita telah berlatih dengan gigih selama bertahun-tahun untuk menjadi sebuah pasukan tentera yang moden dan berkeupayaan.

"Baik tentera darat, tentera laut mahupun tentera udara dan tidak lama lagi Perkhidmatan Digital dan Perisikan, keupayaannya telah dibina secara sistematik agar kita sentiasa siaga dan mampu untuk mempertahankan semua sempadan Singapura - di udara, darat, laut dan ruang siber."

Hampir 290 Askar Kerahan dari lebih 300 syarikat menghadiri acara-cara Pengiktirafan Semula yang diadakan di merata negara sempena Hari SAF.

Di Suntec City, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli menekankan bahawa Singapura terkait rapat dalam ekonomi global.

Negara itu, tambah beliau, amat terdedah kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku di tempat-tempat yang jauh dari Singapura.
Sumber : CNA/IA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan