Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting untuk tingkatkan hubungan persahabatan dan ekonomi SG-Afrika Selatan, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 May 2023 06:03PM Dikemas Kini : 15 May 2023 08:52PM
CAPE TOWN: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata adalah penting Singapura dan Afrika Selatan meningkatkan hubungan persahabatan dan ekonomi.

Beliau berkata demikian di majlis jamuan yang dihadiri kira-kira 60 warga Singapura termasuk mereka yang berpangkalan di beberapa negara Afrika seperti Afrika Selatan, Zimbabwe, Botswana dan Rwanda.

PM Lee sedang dalam rangka lawatan enam hari ke Afrika Selatan dan Kenya.

"Ada banyak peluang dan pembangunan baru di Afrika Selatan. Semakin banyak perniagaan dijalankan dan rakyat Singapura yang pergi ke sana. Ada yang tinggal di sana menerajui bidang-bidang baru selain mengorak bidang baru," kata PM Lee, yang gembira kerana mereka telah mengharumkan nama Singapura di luar negara.

"Saya selalu berasa tersentuh apabila bertemu anda semua, bersama dengan keluarga dan bertanya khabar anda," kata PM Lee.

"Memberitahu anda apa yang berlaku di Singapura dan menyatakan penghargaan kami kepada anda. Anda berada di luar negara, mengibarkan bendera negara dan membuat dunia tahu Singapura serta membuat kami semua bangga jadi warga Singapura," ujar Encik Lee.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan