Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting untuk terus dampingi rakyat; ambil peduli, faham aspirasi dan penuhi keperluan mereka: Rahayu Mahzam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) Melayu/Islam akur pentingnya untuk terus mendampingi rakyat Singapura bagi memahami aspirasi dan keperluan mereka dengan lebih baik lagi.

Ditemui BERITAmediacorp di Persidangan PAP pada Ahad (6 Nov), AP Jurong Cik Rahayu Mahzam berkata antara perkara paling menonjol yang ditimbulkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong adalah bagaimana PAP telah mengotakan janji-janjinya yang dibuat sewaktu pilihan raya yang lalu.

"Bagaimana parti ini telah menepati janjinya pada masyarakat. Kita telahpun memastikan yang kita memelihara kehidupan penduduk dalam waktu-waktu yang genting seperti pandemik ini dan kita juga ada kemajuan dalam isu-isu seperti isu wanita, isu tentang masyarakat yang mungkin memerlukan lebih bantuan," kata beliau.

Walau bagaimanapun, PM Lee menarik perhatian bahawa Pilihan Raya Umum akan datang berlaku seiring dengan peralihan pucuk pimpinan politik Singapura.

PAP, menurut beliau, akan diuji dari pelbagai sudut, sama ada di dalam dan luar negara.

Prestasi PAP itu akan diperhatikan dengan teliti oleh negara-negara jiran sama ada rakyat Singapura terus menyokong parti yang memerintah.

PM Lee menekankan bahawa PAP mesti melakukan yang terbaik untuk menambat hati dan minda warga Singapura serta kumpulan-kumpulan berkepentingan bagi mendapat kukuh dalam pilihan raya akan datang.

"Demografi masyarakat dan jangkaan masyarakat terhadap pemerintah dan juga parti ini semakin meningkat. Jadi perlunya aktivis dan semua yang terlibat dalam parti ini mengambil peranan yang lebih besar dalam memastikan masyarakat faham apakah isu-isu di sebalik dasar-dasar yang digubal," tambah Cik Rahayu.

Maka itu Cik Rahayu berkata kepercayaan rakyat terhadap parti yang memerintah mesti dipertingkatkan.

"Rasa kepercayaan kepada parti ini agar parti ini dapat terus mendapatkan kestabilan politik dalam negara ini. Kemantapan politik adalah sesuatu yang penting dan kita harus melakukan dengan lebih lagi untuk menunjukkan masyarakat yang kita peduli dan kita tahu apa yang kita lakukan dan kita perlu lakukan yang terbaik untuk penduduk di Singapura.

Mengenai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) yang ke-37 pula, Cik Rahayu berkata barisan anggota yang dipilih itu menggambarkan kepelbagaian dalam pucuk pimpinan parti.

"Saya rasa teruja dengan pasukan yang dipilih. Saya fikir ia menggambarkan kepelbagaian yang ingin kita lihat dalam pucuk pimpinan. Ia juga menunjukkan perwakilan kuat pemimpin 4G dan mereka membawa bersama dengan kebolehan masing-masing," kata Cik Rahayu.

Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Cik Nadia Ahmad Samdin pula akur dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong untuk memperjuangkan aspirasi dan keperluan rakyat.

"Ia menjadi satu peringatan kepada setiap anggota parlimen dan juga setiap aktivis supaya terus mendampingi rakyat kita dari pelbagai lapisan masyarakat. Dan kita harus memperjuangkan pelbagai aspirasi dan juga keperluan mereka.

"Ucapan beliau juga adalah seruan PAP untuk bertindak dan menggandakan usaha kami untuk memenangi dan menambat hati dan minda rakyat kita. Saya juga rasa amat gembira kerana DPM Lawrence juga berkata bahawa beliau sedang belajar bahasa Melayu supaya boleh lebih mendekati masyarakat kita," kata beliau

a

Selain di peringkat akar umbi, Cik Nadia juga giat mendampingi dan bekerjasama dengan generasi belia yang seterusnya untuk sama-sama bertindak demi mencapai visi Singapura yang mereka inginkan.

"Dalam peranan saya sebagai pengerusi bersama Biro Hal Ehwal Melayu (MAB) Muda, kita telah mengambil langkah untuk mendengar dan juga memperjuangkan aspirasi belia Melayu/Islam kita dan saya rasa amat bersyukur kerana diberi peluang ini untuk mendengar perspektif berbeza mereka," kongsi beliau

Menurutnya berbagai isu ditimbulkan,merangkumi masa depan mereka termasuk kesihatan mental, alam sekitar, keluarga perumahan, ekonomi dan sebagainya.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan