Skip to main content

Singapura

Penting untuk pembelajaran sepanjang hayat kenal pasti kemahiran masa hadapan, kata Menteri MOE

Anggaran Waktu Membaca:
Penting untuk pembelajaran sepanjang hayat kenal pasti kemahiran masa hadapan, kata Menteri MOE

(Gambar: Facebook/James Cook University Singapore)

Diterbitkan : 22 Apr 2024 06:35PM Dikemas Kini : 22 Apr 2024 11:13PM
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Chan Chu Sing berkata, satu unsur penting pembelajaran sepanjang hayat adalah mengenal pasti kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan.

Ini agar bekalan kekal sepadan dengan permintaan.

Beliau menarik perhatian bahawa budaya pembelajaran sepanjang hayat berjaya perlu melangkaui lebih jauh lagi berbanding sekadar menanam minat seseorang terhadap pembelajaran.

Encik Chan berkata demikian semasa berucap di Sidang Puncak Antarabangsa ke-14 bagi Kerjaya Perguruan pada Isnin (22 Apr), dengan Singapura menjadi penganjurnya buat julung-julung kalinya.

"Kita perlu bangunkan sistem-sistem yang dapat membantu industri-industri kita untuk
mengetengahkan permintaan bagi kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan, dan membantu mereka menghimpunkan permintaan ini, terutama untuk syarikat-syarikat lebih kecil," kata Encik Chan.

"Kita kemudian mesti mengaktifkan bekalan dengan memupuk kemahiran para pelajar di institut pendidikan tinggi atau pembelajaran berterusan," tambahnya.

Encik Chan turut menyentuh peri pentingnya memanfaatkan teknologi terbaik bagi membantu para guru.

Terdapat juga keperluan untuk memperdalam pemahaman para pelajar merentasi usia dan kebolehan.

Para pendidik juga digesa memberi panduan kepada generasi muda untuk mengemudi dunia mereka, baik dalam bentuk fizikal atau di alam siber.

Persidangan tiga hari itu dihadiri para wakil dari 18 negara, dan termasuk lawatan ke ke sekolah-sekolah di sini.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita