Penting tempoh pajakan HDB jangkaui hayat pemilik flat; VERS dijangka lebih jejas warga emas
Anggaran Waktu Membaca:
Blok HDB. (Gambar fail: Jeremy Long)
- Memandangkan sebahagian besar pemilik flat yang dipilih bagi Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) dijangka terdiri daripada warga emas, adalah penting bagi pihak berkuasa untuk terus memastikan bahawa orang ramai membeli rumah dengan pajakan yang boleh bertahan menjangkaui hayat mereka, kata Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat di parlimen pada Rabu (23 Sep).
- VERS ditawarkan kepada kawasan terpilih apabila flat itu sudah berusia sekitar 70 tahun.
- Encik Chee juga bersetuju bahawa VERS tidak seharusnya menyebabkan “kesan loteri” atau menjadi program penjana kekayaan, memandangkan soalan asal dari Encik Low dan Encik Foo mengemukakan kebimbangan mengenai perkara itu.
- Salah satu inisiatif ialah Program Peningkatan Rumah (II), yang memberi semua flat HDB pusingan kedua peningkatan apabila mereka mencapai usia 60 hingga 70 tahun.
SINGAPURA: Memandangkan sebahagian besar pemilik flat yang dipilih bagi Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) dijangka terdiri daripada warga emas, adalah penting bagi pihak berkuasa untuk terus memastikan bahawa orang ramai membeli rumah dengan pajakan yang boleh bertahan menjangkaui hayat mereka, kata Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat di parlimen pada Rabu (23 Sep).
Beliau memberi respons kepada soalan daripada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Parti Pekerja Andre Low mengenai skim tersebut, yang membolehkan pemerintah membeli balik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang hampir tamat pajakan 99 tahun, memberi pampasan kepada penduduk dan membangunkan semula tanah tersebut.
VERS ditawarkan kepada kawasan terpilih apabila flat itu sudah berusia sekitar 70 tahun.
Sambil menarik perhatian bahawa mereka yang dipilih untuk skim itu kemungkinan adalah warga emas yang sudah melunaskan pinjaman rumah mereka, Encik Low berkata pemilik-pemilik ini mungkin menjangkakan untuk tinggal di flat mereka sehingga akhir hayat mereka.
Beliau kemudian ingin tahu sama ada pihak berkuasa akan memastikan pemilik rumah warga emas ini tidak dibiarkan dengan baki pinjaman yang tidak dapat ditampung oleh jumlah pampasan atau terpaksa menghabiskan simpanan persaraan mereka untuk mendapatkan rumah lain.
Dalam responsnya, Encik Chee berkata: “Jika kita boleh kawal dari awal supaya orang membeli rumah yang boleh bertahan sepanjang hayat mereka ... apabila flat mencapai usia untuk VERS, iaitu sekurang-kurangnya 70 tahun atau lebih, kami menjangkakan kebanyakan penduduk yang tinggal di flat lama ini akan menjadi warga emas, dan diharapkan mereka sudah dapat melunaskan pinjaman mereka.
Buat masa ini, sekitar 2.5 peratus isi rumah HDB tidak memiliki flat yang dapat bertahan sehingga pemiliknya berusia sekurang-kurangnya 95 tahun, kata Encik Chee dalam ucapan sebelum ini.
Beliau menambah bahawa jangka hayat median rakyat Singapura sekarang adalah 84 tahun, bermakna hampir semua isi rumah HDB memiliki flat dengan pajakan yang boleh bertahan sepanjang hayat pemilik rumah itu.
“Kami akan terus memantau dengan teliti peratusan isi rumah HDB yang tidak memiliki flat dengan tempoh pajakan yang mencukupi sehingga akhir hayat pemilik itu, dan mengekalkan angka ini sekecil mungkin,” kata menteri itu.
VERS TIDAK SEHARUSNYA JADI “KESAN LOTERI”
VERS pertama kali diumumkan pada 2018 oleh Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong.
Terma-terma VERS masih belum dimuktamadkan, dan pemerintah menyasarkan untuk menyelesaikan butiran pemerintah sekarang ini, kata Encik Chee dalam wawancara media bulan lalu.
Selepas menetapkan parameter dasar, VERS akan bermula dengan “beberapa tapak terpilih” dan mungkin bermula separuh pertama dekad akan datang.
Encik Chee mengulangi perkara ini dalam ucapan menjawab soalan parlimen daripada Encik Low dan AP Foo Cexiang (PAP-Tanjong Pagar), di mana beliau juga menjelaskan tujuan utama VERS - iaitu untuk memudahkan pembangunan semula yang teratur bagi bandar dengan banyak flat lama yang dibina dalam tempoh yang singkat.
Encik Chee juga bersetuju bahawa VERS tidak seharusnya menyebabkan “kesan loteri” atau menjadi program penjana kekayaan, memandangkan soalan asal dari Encik Low dan Encik Foo mengemukakan kebimbangan mengenai perkara itu.
“Berdasarkan soalan daripada Encik Foo dan Encik Low, saya perhatikan terdapat persetujuan meluas dari kedua-dua pihak Dewan bahawa VERS tidak seharusnya mencipta ‘kesan loteri’ atau menjadi program ‘penjana kekayaan’. Saya bersetuju dengan pandangan kedua-dua AP ini.”
Menteri itu menarik perhatian bahawa pakej pampasan untuk VERS akan lebih rendah berbanding yang ditawarkan di bawah Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok(SERS).
Tidak seperti VERS yang memerlukan undian penduduk, SERS adalah wajib dan penduduk diberi pampasan berdasarkan nilai pasaran flat mereka pada masa pengumuman itu dibuat.
Disebabkan flat yang ditawarkan VERS mempunyai baki pajakan yang lebih pendek berbanding dengan skim SERS, jumlah pampasan keseluruhan akan lebih rendah, kata Encik Chee.
Encik Foo kemudian bertanya mengenai mekanisme untuk memastikan kejayaan dalam proses undian bagi memastikan proses pembangunan semula yang teratur, serta bantuan untuk mereka yang tidak mengikuti VERS.
Salah satu inisiatif ialah Program Peningkatan Rumah (II), yang memberi semua flat HDB pusingan kedua peningkatan apabila mereka mencapai usia 60 hingga 70 tahun.
Lebih banyak maklumat mengenai ini akan dikongsi kelak, kata Encik Chee.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.