Penting SG timbang kesan kos elektrik sedang ia lakar peralihan tenaga, kata Tan See Leng

(Gambar: CNA)
Demikian menurut Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng pada Jumaat (1 Mac).
"Secara khusus, kami sedar tentang kesan peralihan tenaga ke atas harga elektrik," katanya kepada Dewan Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementerian tersebut bagi tahun ini.
"Saya ingin memberi jaminan kepada isi rumah dan perniagaan bahawa kami akan lakukan yang terbaik untuk mempercepatkan trajektori peralihan tenaga dan kesannya ke atas tarif elektrik."
Ini termasuk bantuan berterusan bagi bil elektrik isi rumah berpendapatan rendah dan pertengahan, serta bantuan untuk perniagaan memperbaiki kecekapan tenaga mereka.
Dr Tan, yang juga Menteri Tenaga Manusia, bercakap tentang pelan Singapura untuk beralih dan menghapuskan pengeluaran karbon industri dan seluruh ekonominya. Ini merupakan langkah penting untuk memastikan negara kekal relevan di tengah-tengah peralihan kepada sifar karbon, meskipun ia kekurangan sumber tenaga boleh diperbaharui.
INISIATIF BAHARU BANGUNKAN TENKOLOGI MESRA ALAM
Satu lagi inisiatif baharu melibatkan penyimpanan karbon dioksida (CCS), yang dilihat sebagai memainkan peranan penting dalam proses menghapuskan karbon industri di negara ini.
Teknologi baharu itu melibatkan penangkapan karbon daripada sumber pelepasan, seperti loji kimia atau loji tenaga.
Dr Tan mengumumkan bahawa pemerintah akan bekerja sama dengan S-Hub, sebuah industri konsortium merangkumi ExxonMobil dan Shell, untuk mengkaji keberkesanan projek CCS rentas sempadan yang menangkap pelepasan karbon dari Singapura.
Dalam kenyataan media berasingan, konsortium S-Hub menyatakan bahawa ia menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi Disember lalu, untuk merancang dan membangunkan projek CCS 'yang mampu menangkap dan menyimpan sekurang-kurangnya 2.5 juta tan karbon dioksida setahun menjelang 2030".
Pada masa yang sama, lebih banyak dana akan disalurkan kepada penyelidikan dan pembangunan alternatif rendah karbon dan pembangunan huraian-huraian teknologi sesuai untuk Singapura.
Salah satu usaha adalah program Penyelidikan Tenaga Rendah Karbon, dibiayai Yayasan Penyelidikan Nasional, dan dianjurkan oleh Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR).
Dr Tan mengumumkan bahawa kira-kira S$4.3 juta akan diberikan untuk membantu enam projek penyelidikan di bawah program tersebut, untuk menangani cabaran yang dihadapi Singapura dalam penggunaan hidrogen, seperti kecekapan tenaga, daya tahan dan keselamatan.
APAKAH KESAN KEPADA PERNIAGAAN
Peralihan kepada ekonomi rendah karbon dan mampan juga disebut oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, yang menekankan bahawa ia merupakan perkembangan peluang baharu bagi perniagaan.
Sebagai contoh, Singapura sudah menubuhkan perkhidmatan karbon dan ekosistem perdagangan yang pelbagai untuk mengambil manfaat perkembangan dalam pasaran karbon global.
Selain itu, terdapat peluang untuk membangunkan produk mampan, seperti bahan api bio, bahan api penerbangan mampan dan kimia mesra alam, yang menyokong objektif perkembangan mesra alam kita, tambahnya.
Perniagaan juga harus menyesuaikan diri kepada dunia yang berubah, di mana pelanggan dan pelabur berharap syarikat-syarikat akan lebih jujur tentang jejak karbon mereka, kata Menteri Negara Low Yen Ling.
Pada awal minggu ini, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa pendedahan berkaitan iklim akan diwajibkan bagi lebih banyak perniagaan di Singapura, bermula dengan syarikat yang disenaraikan pada tahun kewangan 2025.
Meskipun syarikat kecil tidak terjejas dengan peraturan baharu itu, Cik Low berkata laporan kemampanan tersebut akan membantu mereka kekal relevan sedang pendedahan data jejak karbon menjadi perkara yang biasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.