Skip to main content

Singapura

Penting SG kekal bersatu dalam dunia kian bergolak: Gan Kim Yong

Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menyeru agar usaha berterusan dilakukan demi memperkukuh perpaduan sosial.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jul 2025 07:19PM Dikemas Kini : 13 Jul 2025 11:41PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menyeru agar usaha berterusan dilakukan demi memperkukuh perpaduan sosial.

Berucap di satu acara penyalaan lampu SG60 di Punggol pada Ahad (13 Jul), Encik Gan menekankan peri pentingnya untuk kekal bersatu padu sebagai satu masyarakat, terutamanya di tengah-tengah dunia yang semakin bergelora.

Sekitar 5,000 penduduk menghadiri acara meraikan keharmonian sosial itu, di mana para hadirin menulis harapan mereka bagi Singapura pada tanglung-tanglung yang akan dipamerkan semasa Sambutan Kejiranan Hari Kebangsaan di Punggol.

Lagi 14 reruai yang menampilkan pelbagai tradisi kebudayaan seperti seni pasir Rangoli, capteh dan kaligrafi juga disediakan di acara tersebut.

Ia bukan sekadar meraikan kepelbagaian masyarakat, tetapi juga mencerminkan pembangunan Singapura sepanjang 60 tahun.

"Apabila kita mengimbas sepanjang 60 tahun lalu, kita sudah mencapai kemajuan dalam membina masyarakat yang harmoni, stabil dan damai. Dan ini bukan sesuatu yang mudah dicapai kerana jika anda lihat di merata dunia, sangat kecil jumlah negara yang ada ciri-ciri masyarakat berbilang kaum," kata Encik Gan.

"Tetapi ini sesuatu yang sangat berharga kepada kita. Walaupun kita pelbagai, kita bersatu padu, dan itu adalah kekuatan kita, bukan kelemahan," tambah beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita