Penting pupuk sikap saling percaya dalam masyarakat, sedang dunia berpecah-belah
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Dinesh berucap di Hab Sukan Singapura bagi sempena meraikan 60 tahun keharmonian kaum di Singapura. (Gambar: CNA)
- Menteri Negara bagi Budaya, Masyarakat dan Belia Dinesh Vasu Dash menekankan peri pentingnya sikap saling percaya dalam masyarakat pelbagai kaum di tengah-tengah dunia yang berpecah-belah.
- Encik Dinesh hadir di Hab Sukan Singapura bagi menyerikan acara meraikan 60 tahun keharmonian kaum di Singapura.
- "Dunia terus berubah dan semakin berpecah-belah. Di banyak pelosok dunia, orang dihakimi berdasarkan warna kulit dan bukan jati diri mereka."
- Festival Harmoni sepanjang dua hari itu dijangka menarik lebih 50,000 peserta.
SINGAPURA: Menteri Negara bagi Budaya, Masyarakat dan Belia Dinesh Vasu Dash menekankan peri pentingnya sikap saling percaya dalam masyarakat pelbagai kaum di tengah-tengah dunia yang berpecah-belah.
Encik Dinesh hadir di Hab Sukan Singapura bagi menyerikan acara meraikan 60 tahun keharmonian kaum di Singapura.
"Dunia terus berubah dan semakin berpecah-belah. Di banyak pelosok dunia, orang dihakimi berdasarkan warna kulit dan bukan jati diri mereka.
"Apa yang berlaku di lain-lain pelosok dunia juga boleh terbawa ke Singapura menerusi media sosial dan pelbagai cara lain tanpa memahami mengapa dan apa konteks kami (di Singapura).
"Maka adalah penting untuk kami berusaha lebih keras pada masa akan datang, di mana kita perkukuh diri kita daripada kekuatan sebelumnya", ujar Encik Dinesh.
Festival Harmoni sepanjang dua hari itu dijangka menarik lebih 50,000 peserta.
Antara acara istimewa ialah 'Harmony Walk' yang berlangsung siang tadi di pekarangan Hab Sukan.
Para pengunjung juga boleh menikmati acara persembahan serta bengkel-bengkel interaktif.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.