Penting perpaduan antara agama dalam usaha lindungi maruah, kehidupan manusia sejagat: Dr Nazirudin
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MUIS/Facebook)
SINGAPURA: Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir menekankan kepentingan perpaduan antara agama dalam usaha melindungi maruah dan kehidupan manusia sejagat.
Dr Nazirudin berkata demikian di majlis 'Bridges of Faith' sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan Facebook pada Sabtu (18 Apr).
Acara itu turut menandakan permulaan sambutan ulang tahun ke-20 Pusat Harmoni, yang menghimpunkan 150 pemimpin silang agama, aktivis dan belia.
Acara tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim selaku tetamu terhormat.
Ia turut menampilkan sebuah sesi angklung interaktif yang diilhamkan oleh tema sambutan ulang tahun pada tahun ini, iaitu "Nota Berbeza, Satu Harmoni".
Di acara yang sama, Ustaz Muhammad Nasir Johari turut diumumkan sebagai Ketua Baharu Pusat Harmoni.
"Sedang beliau mula menggalas peranan ini, beliau meneruskan legasi mereka yang sudah berkhidmat sebelum ini, dengan kepercayaan bersama bahawa kita sentiasa lebih kukuh apabila kita berdiri bersama," menurut MUIS sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.