Penting pastikan kos jagaan kesihatan kekal dimampui sedang SG melangkah ke status negara lampau usia: Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
- Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menekankan cabaran Singapura mengurus kos jagaan kesihatan yang semakin meningkat.
- Beliau menyatakan kos tenaga kerja membentuk 60 peratus daripada keseluruhan kos jagaan kesihatan.
- Ong Ye Kung berkata kerajaan perlu memastikan ekonomi terus berkembang dan pendapatan cukai meningkat untuk menyokong perbelanjaan kesihatan.
- Subsidi akan diselaraskan dengan kos supaya jagaan kesihatan kekal mampu milik bagi rakyat Singapura.
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata sedang Singapura melangkah ke status negara lampau usia, ia perlu mengimbangi perbelanjaan jagaan kesihatan yang semakin meningkat sambil memastikan kosnya kekal dimampui rakyat.
Kos tenaga kerja membentuk 60 peratus daripada kos jagaan kesihatan.
Beliau berkata demikian di satu acara masyarakat di Sembawang West pada Ahad (8 Mac).
"Jadi, kami perlu memastikan bahawa ekonomi terus berkembang.
"Kami terus menambahkan pendapatan cukai untuk menyokongnya kerana kos mungkin meningkat bagi MOH.
"Tetapi jika kami juga boleh memastikan subsidi dikeluarkan seiring dengan kos, kos jagaan kesihatan akan kekal dimampui bagi rakyat Singapura," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.