Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting negara ganding bahu bina kepercayaan, perkukuh keselamatan, tekan PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menekankan peri pentingnya negara-negara bekerja lebih rapat meskipun mereka sedang meninjau semula strategi pertahanan masing-masing bagi menghadapi ketegangan geopolitik yang kian meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2022 04:33PM Dikemas Kini : 12 Jun 2022 08:58PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menekankan peri pentingnya negara-negara bekerja lebih rapat meskipun mereka sedang meninjau semula strategi pertahanan masing-masing bagi menghadapi ketegangan geopolitik yang kian meningkat.

Kerjasama itu, kata beliau, akan membantu negara-negara untuk sama-sama memperkukuhkan keselamatan dan mempertahankan peraturan antarabangsa yang berlandaskan undang-undang.

Dalam catatan di Facebooknya hari ini (12 Jun), Encik Lee berkata dunia telah mengalami banyak pergolakan sejak Dialog Shangri-La kali terakhir diadakan dua tahun lalu.

Ia bukan sahaja kerana pandemik COVID-19 tetapi juga oleh perang di Ukraine sekarang dan persaingan yang semakin sengit antara Amerika Syarikat dengan China.

Menurut Encik Lee, beliau sudahpun bertemu beberapa Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera yang menghadiri Dialog Shangri-La kali ini.

PM Lee menyifatkan pertemuan-pertemuan itu sebagai peluang baik untuk saling bertukar pandangan dan menegaskan lagi hubungan dua hala yang kukuh dengan negara-negara berkenaan.
Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan