Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting ikrar komitmen & pastikan dasar sokong perubahan iklim, tegas Desmond Lee

Adalah mustahak bagi Singapura untuk membuat "komitmen teguh" dalam matlamat perubahan iklim namun ia lebih penting lagi untuk memastikan dasar-dasar dan operasi-operasi menyokongnya, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Penting ikrar komitmen & pastikan dasar sokong perubahan iklim, tegas Desmond Lee

Panel suria digunakan untuk menjana bekalan cahaya di laluan pejalan kaki di Marina Bay menghadap pencakar langit Singapura. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Adalah mustahak bagi Singapura untuk membuat "komitmen teguh" dalam matlamat perubahan iklim namun ia lebih penting lagi untuk memastikan dasar-dasar dan operasi-operasi menyokongnya, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (24 Jan).

Beliau berkata demikian di sidangan Perspektif Singapura Institut Kajian Dasar (IPS) selepas seorang peserta bertanya sama ada Singapura sudahpun "membuat yang terbaik" untuk meraih penghormatan sebagai sebuah pemimpin serantau daripada negara-negara lain dalam usahanya memerangi perubahan iklim.

Menarik perhatian bahawa Singapura seringkali dikritik kerana tidak menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa tertentu, Encik Lee berkata ini kerana biasanya ia sukar untuk mematuhi semua syarat dengan serta-merta. Bagaimanapun sekiranya diberikan masa, ia boleh berbuat sedemikian, jelas beliau.

“Ia sama bagi (matlamat perubahan) iklim. Apabila kita membuat komitmen, pastikan boleh memenuhinya.

“Bukan sekadar mempunyai kemahuan politik dan tempoh yang panjang untuk meneruskannya - tetapi juga memiliki sumber, mekanisme serta dasar anda sendiri sebagai pemerintah dan dengan kerjasama bersama sektor swasta dan masyarakat, untuk berupaya meneruskannya."

Beliau menambah Jawatankuasa Berbilang Kementerian mengenai Perubahan Iklim (IMCCC) menilai setiap perjanjian "dengan teliti" bagi memastikan Singapura boleh memenuhi sebarang komitmen yang dibuatnya.

Lantaran itu, Encik Lee memberi jaminan bahawa apabila negara membuat "ikrar di persada antarabangsa, terutama sekali berhubung sesuatu yang begitu penting seperti perubahan iklim", ia mempunyai keazaman untuk meneruskannya.

PELAN MENGHIJAU SINGAPURA

Inilah juga sebabnya mengapa Pelan Menghijau Singapura - iaitu gerakan seluruh negara untuk melawan perubahan iklim - "bukan sekadar satu kempen pengiklanan", tegas beliau.

Lima tunggak pelan tersebut termasuk perubahan prasarana dan menjadikan Singapura sebuah bandar di dalam alam semula jadi. Namun, perubahahan kepada "sesuatu yang fizikal dan nyata" tidak mencukupi, kata beliau dalam satu ucapan awal dari itu.

“Kami memerlukan 'perisian' atau 'nilai-nilai' juga - dengan menjadikan kemampanan sebagai sebahagian penting dalam cara kita hidup, sebahagian daripada DNA kita, setiap hari."

Ini termasuk mengurangkan penggunaan tenaga dan sisa serta mewujudkan ekonomi yang mampan, ujarnya.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan