Penting guna bahasa Melayu untuk berhubungan di tempat kerja mahupun di rumah: Dr Nur Farhan Alami
Akibat COVID-19, Bulan Bahasa 2020 buat pertama kalinya dijalankan secara online.
SINGAPURA: Akibat COVID-19, Bulan Bahasa 2020 buat pertama kalinya dijalankan secara online.
Segmen Suara-suara Duta Bahasa menutup tirainya malam ini (6 Sep) dengan Dr Nur Farhan Alami, berkongsi cara beliau melestarikan bahasa Melayu di tempat kerja mahupun di rumah.
"Saya berkomunikasi dengan pesakit Melayu saya dengan menggunakan bahasa Melayu. Ia terus mengakrabkan perhubungan kami. Saya juga mencari ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas agama yang dijalankan dalam bahasa Melayu.
"Sebagai ibu empat orang anak, saya sering bertutur dengan mereka dalam bahasa Melayu serta bersama anggota keluarga yang lain. Saya rasa ia sangat penting untuk generasi muda untuk fasih dalam bahasa Melayu sebab mereka boleh berkomunikasi dengan warga emas dan anggota keluarga yang lain dan ini dapat menjalinkan hubungan yang rapat," menurut Dr Nur Farhan Alami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.