Skip to main content

Singapura

Penting didik pelajar tentang batasan, tanggungjawab digital

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jan 2026 09:48PM Dikemas Kini : 30 Jan 2026 05:45PM
SINGAPURA: Mendidik pelajar tentang batasan yang sihat dan penggunaan digital secara bertanggungjawab adalah sama pentingnya
dengan garis panduan berkaitan penggunaan telefon bimbit.

Demikian menurut beberapa guru yang ditemui Mediacorp.

Langkah itu menyusuli keputusan Kementerian Pendidikan (MOE) pada November lalu yang melarang para pelajar sekolah menengah menggunakan peranti digital semasa waktu sekolah.
Di Sekolah Menengah Bukit Batok, barisan pemimpin pelajar menerajui usaha memastikan pelajar tidak menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Sekolah itu mula menguatkuasakan dasar itu pada September lalu.

"Setakat ini, keadaan di sekolah baik sahaja. Saya fikir kerana kami membenarkan pelajar untuk menerajui usaha ini, daripada kami ke hadapan untuk mengatakan mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit," kata Shirley Lee, Pengetua Sekolah Menengah Bukit Batok.

Sementara itu di Sekolah Menengah Springfield, mereka sudah mula melarang pelajar menggunakan telefon bimbit sejak 2023.

Pada peringkat awal, beberapa pelajar membantah dan pihak sekolah menegesan lima pelajar yang melanggar peraturan itu pada tahun pertama.

Namun dua tahun kemudian, para pelajar sendiri mula melihat manfaat daripada pelaksanaan dasar itu.

"Lebih banyak interaksi semasa waktu rehat dan makan tengah hari kerana semua orang tidak lagi leka dengan telefon masing-masing," kongsi seorang pelajar.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita