Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting bagi SAF diberi peluang latih di luar negara: Zaqy Mohamad

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2022 04:29PM Dikemas Kini : 19 Sep 2022 10:43PM
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Zaqy Mohamad menekankan kepentingan peluang-peluang latihan di luar negara bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Encik Zaqy berkata demikian di Oklahoma, Amerika Syarikat semasa menyaksikan Latihan 'Daring Warrior' yang melibatkan latihan menembak menggunakan peluru hidup, antara SAF dengan angkatan bersenjata Amerika.

Menurut Encik Zaqy, latihan sedemikian juga memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala.

Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi mampu mencapai sasaran dengan tepat.

Encik Zaqy turut menyaksikan secara langsung keupayaan sistem tersebut selama latihan hampir sebulan ini.

Ia melibatkan hampir 200 anggota SAF dan juga pasukan tentera Amerika.

Beliau berkata latihan di luar negara memberikan SAF peluang untuk menjalankan latihan realistik dan kompleks.

Encik Zaqy meluahkan keyakinannya terhadap keupayaan operasi SAF.

Latihan pada Isnin (19 Sep) dengan tentera Amerika bukan sahaja mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua pasukan tentera tetapi juga membolehkan SAF untuk mengukur keupayaan pasukannya berbanding rakan-rakan sejawatannya.

"Saya menyaksikan tahap kecekapan yang tinggi dan tahap kerjasama yang kukuh dalam kalangan anggota kami sedang mereka menjalankan latihan menembak menggunakan peluru hidup. Jadi saya yakin dalam komitmen dan keupayaan mereka untuk mempertahankan Singapura apabila diseru," kata Encik Zaqy.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan