Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting bagi perniagaan tidak tinggalkan jejak karbon untuk kekal berdaya saing: Teo Chee Hean

Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata penting bagi perniagaan tidak meninggalkan jejak karbon, sedang dunia beralih kepada masa depan lebih hijau.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata penting bagi perniagaan tidak meninggalkan jejak karbon, sedang dunia beralih kepada masa depan lebih hijau.

Berucap di Sidang Puncak Rangkaian Kompak Global, pada Isnin (17 Okt) beliau menyeru para peniaga supaya menyemak proses pengeluaran serta operasi perniagaan demi mengurangkan pengeluaran karbon, demi kekal berdaya saing.

SM Teo menyebut contoh syarikat-syarikat minyak dan gas yang sudah mengikrarkan sasaran sifar bersih pelepasan karbon.

Menurut beliau, penting untuk perniagaan memandang pada jangka panjang berhubung kemampanan sekitaran dan kewangan, berbanding pulangan jangka pendek sahaja.

Bidang-bidang lain yang beliau tonjolkan termasuklah peri perlunya membangunkan amalan pengurusan rantaian bekalan yang mampan;
serta melabur dalam teknologi inovatif yang mampu membantu syarikat-syarikat untuk berjimat dan membina saluran pendapatan yang baru.

"Perniagaan-perniagaan adalah pemain utama bagi menterjemahkan idea-idea iklim menjadi nyata menerusi pencegahan pelepasan karbon, pengurusan rantaian bekalan secara mampan dan melabur dalam teknologi-teknologi inovatif. Pemerintah akan menyokong anda dalam usaha ini," kata SM Teo.

Tambahnya lagi: "Sedang kita menuju ke arah COP-27 bulan depan - COP yang tertumpu kepada usaha menterjemahkan ikrar-ikrar menjadi pelan pelaksanaan - sekaranglah masanya untuk bertindak."
 
Sumber : CNA/DY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan