Skip to main content

Singapura

'Penting' adakan Pertunjukan Udara S'pura walau dengan jumlah kecil pelawat: Penganjur

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Feb 2022 06:01PM Dikemas Kini : 13 Feb 2022 08:54PM

SINGAPURA: Ia "penting" untuk adakan Pertunjukan Udara Singapura meskipun di tengah-tengah pandemik COVID-19, namun dengan jumlah pengunjung yang lebih kecil. Acara dwitahunan itu akan menjadi wadah untuk para pemain industri membincangkan cara untuk mengatasi pandemik COVID-19 ini.

Demikian menurut penganjur, Experia.

Acara itu juga akan berlangsung di tengah-tengah keyakinan "tinggi" sedang sektor penerbangan pulih. Ia juga memberikan peluang kepada sektor penerbangan untuk memanfaatkan pertumbuhan tersebut, kata Encik Leck Chet Lam, pengarah urusan Experia hari ini (13 Feb).

BACA: Pertunjukan Udara S'pura dijangka diadakan secara kecil-kecilan dek kawalan ketat COVID-19
 

Disifatkan sebagai acara penerbangan terbesar di Asia, Singapore Airshow diadakan setiap dua tahun dan dihadiri oleh pemerintah dan tentera, serta eksekutif kanan korporat di seluruh dunia.

Kira-kira 600 syarikat mengambil bahagian dalam Pertunjukan Udara tahun ini, turun daripada 930 pada tahun 2020.

Kira-kira 13,000 pelawat perdagangan daripada 39 negara dan wilayah dijangka hadir. Jumlah itu kurang separuh daripada Pertunjukan Udara Singapura pada tahun 2020.

Pelawat yang hadir harus menjalani ujian pantas antigen setiap hari untuk membendung varian Omicron COVID-19 yang semakin menular di Singapura

Encik Leck menjawab soalan sama ada jumlah pelawat yang lebih kecil dan keadaan COVID-19 akan menjejaskan mutu Pertunjukan Udara.

"Kita semua tahu, dalam keadaan sekarang ini, jumlah pelawat pasti akan lebih rendah. Saya rasa kita sudah menjangkakan ia akan berlaku," kata beliau.

"Namun, dari segi mutu, saya tidak bimbang. Kami sudah menyediakan pameran yang bermutu tinggi...pemain industri terkemuka dan pembuat keputusan yang terbaik. "


Encik Lim berkata industri penerbangan akan mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan baru dalam beberapa tahun akan datang, dengan syarikat aeroangkasa seperti Pratt & Whitney, GE Aviation, ST Engineering dan Rolls-Royce mengumumkan perancangan untuk menggajikan "ratusan orang setiap satu".

Namun begitu, Encik Lim berkata ia penting untuk terus menggunakan teknologi untuk mengubah cara orang bekerja, serta meningkatkan produktiviti dan daya saing untuk memastikan industri Singapura kekal sebagai yang terbaik.

Kemampanan di dalam sektor penerbangan harus dipertingkatkan lagi dalam pertumbuhan tersebut.

Pertunjukan Udara itu akan menganjurkan forum sulung penerbangan mampan pada Selasa (15 Feb) dan Rabu (16 Feb), dengan pakar daripada sektor awam dan swasta.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura menyatakan pada Jumaat (11 Feb) bahawa Singapore Airlines dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot akan mula menggunakan bahan api mampan mulai suku ketiga 2022.

BACA: Pesawat SIA, Scoot guna bahan api mampan mulai suku ketiga 2022

Bahan api itu adalah campuran bahan api jet, minyak masak terpakai dan sisa lemak haiwan yang sudah ditapis.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita