Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pentauliahan Mothership digantung lagi, langgar embargo tentang kenaikan harga air

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pentauliahan Mothership untuk membuat liputan berita digantung buat kali kedua dalam kurang daripada dua tahun. Ini selepas ia melanggar embargo pada awal minggu ini mengenai kenaikan harga air di Singapura.

Dalam respons kepada soalan Mediacorp pada Jumaat (29 Sep), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) tidak mendedahkan tempoh penggantungan tersebut. Mediacorp telah meminta respons MCI kepada isu itu.

Pada Selasa (26 Sep), Mothership melanggar embargo tersebut, yang sepatutnya dikeluarkan pada Rabu (27 Sep), dengan menerbitkan artikel yang menjelaskan bagaimana harga air akan dinaikkan secara berperingkat buat dua tahun akan datang, di laman web serta catatan di akaun Facebooknya.

MCI kemudian menggantung pentauliahan Mothership untuk membuat liputan berita.

Ini bermaksud Mothership tidak dibenarkan menghadiri taklimat dan sidang media yang diadakan oleh agensi pemerintah sementara penggantungan dijalankan.

Kakitangan Mothership tidak menghadiri sidang media yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (28 Sep) pagi, mengenai langkah sokongan terbaharu pemerintah untuk membantu rakyat Singapura menangani kenaikan harga barangan.

Mothership diberikan sehingga 11 September untuk mengemukakan sebarang aduan terhadap isu tersebut serta penggantungannya, tambah MCI.
RESPONS MOTHERSHIP KEPADA PENGGANTUNGAN BAHARU

Pada Jumaat, Mothership mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada "rakyat Singapura, pihak berkepentingan kami, terutama PUB dan MCI, dan rakan-rakan dalam industri kami" kerana "menyebabkan masalah yang tidak diperlukan pada waktu di mana terdapat lebih banyak perkara lebih penting untuk ditumpukan".

Ketika Mothership dimaklumkan mengenai pelanggaran itu, artikel tersebut dipadamkan.

Syarikat media itu menyatakan bahawa siasatannya mendapati seorang anggota pasukan penyunting Mothership yang menerbitkan artikel tersebut lebih awal. Perbuatannya merupakan "pelanggaran yang serius kerana maklumat demikian memberi kesan kepada setiap orang di Singapura".

Mothership juga menyatakan bahawa individu tersebut sudah digantung dari pekerjaannya, sementara siasatan dijalankan dan ia menjawab kepada pihak berkuasa.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan