Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pentauliahan Mothership digantung hingga 18 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pentauliahan Mothership untuk membuat liputan berita digantung selama enam bulan hingga 18 Ogos selepas ia melanggar satu embargo berita berhubung kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semasa Belanjawan 2022, menurut Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada Jumaat (25 Mac).

Pada 18 Februari, Mothership melanggar embargo dengan menerbitkan satu infografik di laman Facebooknya yang membutirkan kenaikan bertahap-tahap GST.

MCI kemudian mengantung pentauliahan Mothership dengan serta merta.

Menjawab pertanyaan media, MCI menyatakan Mothership kemudian menyerahkan rayuannya.

"Memandangkan pelanggaran itu serius melibatkan maklumat yang sangat sensitif kepada kepentingan negara, MCI sudah menilai rayuan itu dan memutuskan untuk menggantung pentauliahan Mothership selama enam bulan, bermula 18 Februari hingga 18 Ogos 2022," kata jurucakap kementerian tersebut.

Ini bermakna Mothership tidak boleh menghadiri taklimat dan sidang media yang diadakan agensi pemerintah semasa tempoh tersebut.

BACA: Langgar embargo Belanjawan 2022, pentauliahan Mothership digantung

Dalam satu kenyataan pada Khamis (24 Mac), editor urusan Mothership, Martino Tan berkata ia menerima keputusan tersebut.

Menurutnya kejadian itu adalah satu "peringatan penting mengenai piawai yang ditetapkan sebagai operasi media profesional dan dipercayai".

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan