Pentauliahan Cordlife digantung badan bank darah antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail kaunter Cordlife di Hospital Parkway East.
SINGAPURA: Bank darah tali pusat privet, Cordlife, hilang pentauliahannya dengan Persatuan Kemajuan Darah & Bioterapi (AABB).
Berdasarkan pemfailan yang dibuat di Bursa Singapura (SGX) pada Khamis (15 Ogos), Cordlife menyatakan bahawa badan bank darah antarabangsa itu menarik pentauliahannya untuk mengumpul, memproses, menyimpan dan mengedarkan darah tali pusat.
AABB menetapkan piawaian untuk mutu dan keselamatan kumpulan darah dan bioterapi. Ia kini memberi pentauliahan kepada lebih seribu bank darah di seluruh dunia.
Cordlife menyatakan, atas permintaan AABB pada Jun 2024, ia memberikan kemas kini mengenai notis Kementerian Kesihatan (MOH) untuk melanjutkan penggantungannya selama tiga bulan lagi.
Daripada Jun sehingga September, syarikat tersebut perlu menghentikan pengumpulan, ujian, pemprosesan dan penyimpanan darah tali pusat baharu, tambah Cordlife.
Pelanjutan itu dibuat selepas penggantungan enam bulan yang bermula pada Disember 2023.
Menurut kenyataan terbaharu Cordlife, AABB memaklumkan bahawa ia hanya boleh memberi pentauliahan kepada syarikat itu, sekiranya MOH membenarkan Cordlife untuk meneruskan perniagaan, dan apabila syarikat itu menyelesaikan semua isu berkaitan mutu dan mempunyai rekod selama beberapa bulan untuk menjalankan pemeriksaan di tapak pekerjaan.
Menurut Cordlife, syarikat itu boleh memohon pentauliahan sekiranya MOH membenarkannya menyambung operasi.
Cordlife menambah bahawa ia tidak menjangkakan kehilangan pentauliahan AABB untuk menjejas operasi perniagaannya dan prestasi kewangan buat baki tahun ini.

RUGI S$12.35 JUTA
Dalam pemfailan berasingan, Cordlife mencatatkan kerugian S$12.35 juta pada separuh pertama tahun ini, berbanding keuntungan bersih S$2.2 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.
Kemerosotan itu termasuk kira-kira S$9.7 juta ditujukan kepada para pelanggan yang menyimpan darah tali pusat dalam tangki berisiko tingginya, serta kontrak liabiliti yang berkaitan dengan kewajipan penyimpanan pada masa depan bagi pelanggan yang terjejas.
Pendapatan Cordlife bagi separuh pertama tahun ini adalah sebanyak S$9.2 juta, kemerosotan mendadak daripada S$28.3 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.
Penurunan pendapatan bagi separuh pertama 2024 disebabkan oleh penggantungan operasi Kumpulan Cordlife di Singapura, dedah syarikat itu.
Operasi syarikat itu di Singapura, yang pernah menjadi penyumbang pendapatan terbesar syarikat tersebut, dijangka akan terus terjejas oleh penggantungan dan siasatan yang berterusan, tambah Cordlife.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.