Skip to main content

Singapura

Pentas tinggi berputar 360 darjah antara pengalaman imersif di NDP 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Pentas tinggi berputar 360 darjah antara pengalaman imersif di NDP 2024
Diterbitkan : 24 Jul 2024 07:43PM Dikemas Kini : 25 Jul 2024 01:18AM
SINGAPURA: Penonton di Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini boleh menikmati persembahan dengan lebih dekat lagi.

Di Padang nantinya, terdapat pelbagai platform supaya para penghibur boleh berinteraksi secara rapat dengan penonton.

Terdapat juga pentas tinggi yang boleh berputar 360 darjah.

Inilah antara usaha pihak penganjur untuk memastikan sambutan ulang tahun Singapura yang ke-59 satu pengalaman yang imersif bagi semua yang hadir.

Sebagai contoh, beberapa saat sebelum waktu persembahan, bunga kebangsaan Singapura dilihat mula berkembang, diiringi lantunan suara penyanyi Amni Musfirah.

Bunga itu mengambil masa tiga bulan untuk dibina dan merupakan hiasan utama acara pembukaan bagi segmen persembahan.

Pereka set bagi NDP 2024 Randy Chan berkata: "Ada meja putar yang panjangnya enam meter, dan kami ada platform bergerak di mana seseorang penghibur boleh muncul dari bawah pentas itu sendiri.

"Jadi saya rasa, ideanya di sini adalah mencapai gagasan di mana terdapat pelbagai muka pentas bagi mendampingi para penonton secara 360 darjah.

Satu lagi ciri adalah kapal sebesar 20 meter, yang melambangkan para pendatang awal yang 'belayar' ke atas pentas.

Seramai 10 warga emas terlibat dalam persembahan itu bagi memberi penghargaan kepada semangat generasi perintis.

Hampir 300 orang terlibat dalam segmen persembahan tahun ini.

Pihak penganjur juga tidak akan memasang dua menara yang menghadang pemandangan sebilangan penonton semasa perbarisan di Padang sebelum ini.

Persembahan muzik kali ini juga mempunyai ciri-ciri khas.

"Saya rasa ada persamaan antara pembangunan negara dengan gaya muzik yang saya pilih, iaitu orkestra. Itu sebenarnya muzik yang mengaitkan kesemua empat bahagian yang kita ada. Kerana dengan muzik orkestra, saya juga memasukkan unsur-unsur muzik etnik dan pop rock. Jadi ia benar-benar pelbagai dan merangkumi aneka gaya yang luas," kata Pengarah Muzik NDP 2024 Bang Wenfu.

Pelbagai acara persembahan tahun ini bertujuan mempamerkan kekuatan, kepelbagaian serta perpaduan Singapura.
 
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita