Pentas Terapung jadi tuan rumah perbarisan terakhir sebelum dibangunkan semula jadi Dataran NS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MINDEF)
SINGAPURA: Perbarisan terakhir diadakan di Pentas Terapung @ Marina Bay pada Sabtu (26 Nov) sebelum kerja-kerja pembangunan semula untuk dijadikan Dataran NS, iaitu ruang tetap untuk memperingatkan Perkhidmatan Negara (NS), bermula tahun depan.
Perbarisan Bersepadu NS55 yang dianjurkan bagi meraikan 55 tahun NS, melibatkan sekitar 4,000 rekrut yang sudah tamat Latihan Asas Tentera atau BMT, serta 350 anggota kerahan NS atau NSmen.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebelum ini mengumumkan pada 2017 bahawa Pentas Terapung @ Marina Bay akan dibangunkan dan dinamakan semula sebagai Dataran NS. Ia juga akan dijadikan tempat utama bagi acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).
NDP tahun ini juga merupakan kali terakhir perbarisan tersebut diadakan di lokasi itu, dengan kerja pembinaan dijadual bermula pada Mac 2023 dan selesai menjelang hujung 2026.
Pentas Terapung @ Marina Bay dibina pada 2017 sebagai tempat sementara bagi acara-acara seperti acara tahunan NDP, untuk diadakan sementara Stadium Nasional dibina semula.
Apabila selesai, Dataran NS akan menyediakan galeri bertemakan NS, kemudahan sukan masyarakat dan laluan baru pesisiran awam.
"Perbarisan hari ini amat bermakna kerana ia merupakan kali terakhir acara itu diadakan di Pentas Terapung sebelum kerja-kerja ubah suai bermula," kata Menteri Negara Kanan Pertahanan, Heng Chee How, semasa menghadiri perbarisan tersebut pada Sabtu.
"Tempat ini bukan sahaja menandakan penghargaan Singapura kepada sumbangan anggota perkhidmatan awam. Jika anda lihat latar langit Singapura, merentasi Pentas Terapung, anda boleh lihat sejauh mana Singapura sudah berkembang maju sebagai sebuah negara, dan apa yang benar-benar dipertaruhkan."
"Kewujudan dan pentingnya Dataran NS di Marina Bay akan menjadi cerminan kepada peranan utama NS dalam memartabatkan keamanan dan kemakmuran, yang membenarkan kesemua ini menjadi nyata."

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.