Skip to main content

Singapura

Pentadbiran baik, undang-undang tegas perlu untuk kekalkan ketenteraman awam, kata K Shanmugam

Pentadbiran yang baik dan undang-undang yang tegas diperlukan bagi mengekalkan ketenteraman awam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2020 07:41PM Dikemas Kini : 02 Mar 2020 11:01PM

SINGAPURA: Pentadbiran yang baik dan undang-undang yang tegas diperlukan bagi mengekalkan ketenteraman awam.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menekankan perkara ini semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan siang tadi (2 Mac).

Beliau menambah Singapura mengimbangi keperluan ketenteraman awam dengan kebebasan bersuara, dengan membenarkan tunjuk perasaan di ruang yang terhad.

Encik Shanmugam berkata Singapura boleh mempelajari daripada bantahan-bantahan merata dunia, terutama sekali di Hong Kong di mana rusuhan menjejas kehidupan seharian rakyat dan merosakkan prasarana.

Ratusan dan ribuan penunjuk perasaan melakukan bantahan di Hong Kong sejak Jun lalu.

Encik Shanmugam berkata polis Hong Kong - yang pernah dianggap antara yang terbaik di Asia - terperangkap dengan dilema kekalkan ketenteraman awam dan bantahan ganas.

Hubungan antara orang ramai dan polis terjejas lagi dengan laporan media berat sebelah, terutama sekali oleh media antarabangsa.

Polis dikecam kerana bertindak tegas manakala para penunjuk perasaan kerap dipaparkan secara positif.

Apabila tamat bertugas, para pegawai polis Hong Kong perlu melindungi keluarga mereka yang disasarkan para penunjuk perasaan.

Menurut Encik Shanmugam, pengajaran yang boleh dipelajari adalah tindakan satu golongan tidak harus mengancam hak-hak majoriti.

"Kita ada Akta Ketenteraman Awam. Kita ambil pendekatan sifar toleransi. Jadi, adalah satu kesalahan untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan awam di Singapura, tanpa permit polis. Di mana warga Singapura mahu mengadakan bantahan tentang isu-isu yang jadi keprihatinan mereka, terdapat sudut pemidato," kata Encik Shanmugam.

Namun, undang-undang yang tegas saja tidak mencukupi dan Encik Shanmugam menekankan tadbir urus yang baik untuk golongan majoriti adalah yang paling penting.

Encik Shanmugam turut mengumumkan Polis Pengawal Pantai (PCG) akan mendapatkan kapal peronda baru untuk menggantikan kapal-kapal generasi ketiga.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai peningkatan penting dalam kemampuan PCG menangani insiden di perairan Singapura.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita