Skip to main content

Singapura

Pentadbir laman Truth Warriors diberi arahan POFMA terbitkan dakwaan palsu vaksin COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Pentadbir laman Truth Warriors diberi arahan POFMA terbitkan dakwaan palsu vaksin COVID-19

Gambar Hiasan : (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 31 Aug 2022 04:38PM
SINGAPURA: Pentadbir laman web Truth Warriors dikenakan diberi amaran bersyarat selama 12 bulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) kerana menerbitkan dakwaan palsu mengenai vaksin COVID-19.

Pejabat POFMA menyatakan bahawa amaran yang dikeluarkan kepada wanita berusia 47 tahun itu berhubung "dakwaan palsu dan mengelirukan orang ramai supaya bertanggapan bahawa vaksin COVID-19 tidak berkesan" dalam mengurangkan kadar penularan koronavirus.

Dakwaan palsu itu bertentangan dengan usaha untuk memerangi COVID-19, tambah pejabat POFMA.

Pada 24 Oktober 2021, arahan POFMA dikeluarkan kepada Truth Warriors untuk menyiarkan notis pembetulan di laman webnya bagi memberitahu orang ramai mengenai kepalsuan itu, menurut pejabat POFMA.
Semasa siasatan, wanita itu mendakwa sudah menyemak bukti kelayakan pengarang asal artikel berkenaan, namun mengakui bahawa dia tidak dapat memastikan jika maklumat yang diterbitkan adalah benar, menurut pejabat POFMA.

Pejabat POFMA mengeluarkan amaran bersyarat kepada wanita tersebut untuk pertuduhan itu selepas mempertimbangkan fakta-fakta dan keadaan kes.

Jika wanita berkenaan mengulangi kesalahan semasa tempoh amaran bersyarat berkenaan, dia boleh didakwa atas jenayah asal tersebut. Kesalahan di bawah Seksyen 7 POFMA membawa hukuman denda sehingga S$50,000, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kepalsuan online yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang awam menjejaskan kehidupan serta membahayakan masyarakat," menurut pejabat POFMA.

"Pemerintah memandang serius terhadap komunikasi yang disengajakan untuk menyampaikan kenyataan palsu."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita