Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pentadbir kumpulan pencinta kucing di FB didakwa jual anak kucing tanpa lesen dari rumah

Pentadbir sebuah kumpulan Facebook untuk pencinta kucing didakwa di mahkamah hari ini (6 Okt) kerana menggunakan flatnya sebagai kedai haiwan peliharaan untuk menjual dua anak kucing.

Anggaran Waktu Membaca:
Pentadbir kumpulan pencinta kucing di FB didakwa jual anak kucing tanpa lesen dari rumah

Gambar hiasan anak-anak kucing (Gambar: Unsplash/The Lucky Neko)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 09:25PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 09:26PM

SINGAPURA: Pentadbir sebuah kumpulan Facebook untuk pencinta kucing didakwa di mahkamah hari ini (6 Okt) kerana menggunakan flatnya sebagai kedai haiwan peliharaan untuk menjual dua anak kucing.

Derek Chew Keng Khoon, 45 tahun, juga dituduh gagal membawa dua anak kucing tersebut ke doktor haiwan.

Dia berdepan tiga tuduhan: Dua kerana membiarkan dua anak kucing menderit, dengan gagal membawanya ke doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan dan satu lagi dakwaan menggunakan flat di Punggol sebagai kedai untuk menjual dua anak kucing antara 5 Januari 2020 dengan 29 Februari 2020 tanpa lesen.

Chew memberitahu mahkamah bahawa dia adalah pentadbir kumpulan Facebook bernama Maine Coon SG.

"Selalu ada pembeli dan penjual yang datang untuk meminta pertolongan, untuk bertanya sama ada sesiapa yang menjual atau membeli kucing," jelasnya.

"Pada masa itu, saya kebetulan kehilangan pekerjaan kerana mengalami serangan panik. Ini (peluang menjual kucing) berlaku tepat pada masanya. Saya mendapat komisyen S$200 bagi setiap anak kucing, daripada seprang lelaki yang berurus niaga di laman GumTree," katanya.

Dia berkata bahawa dia menjual anak kucing kepada seorang lelaki dan memaklumkan kepadanya "mungkin ada perkara-perkara tertentu yang terabai".

Dia berkata bahawa dia tahu anak kucing itu mengalami ruam pada bahagian kaki kerana dia pernah melihatnya semasa mengajar haiwan itu membuang air, tetapi tidak tahu bahawa ia "begitu serius".

Dia mendakwa lelaki itu kemudian membeli anak kucing kedua daripadanya, jadi dia menganggap bahawa "semuanya baik-baik saja".

Dokumen-dokumen mahkamah bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai keadaan kedua-dua anak kucing itu.

Chew akan dihadapkan lagi ke mahkamah pada November.

Jika sabit kesalahan kerana menggunakan kediamannya sebagai kedai haiwan peliharaan tanpa lesen yang sah, dia boleh didenda hingga S$5,000.

Sekiranya sabit kesalahan gagal membawa anak kucing tersebut ke doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan, sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak perlu terhadap seekor haiwan, dia boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda hingga S$40,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan