Penstriman CNA bagi keputusan Pilihan Raya Presiden SG duduki tangga kedua video YouTube paling dapat perhatian pada 2023
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Adakah anda mengikuti keputusan Pilihan Raya Presiden Singapura secara langsung melalui YouTube? Anda mungkin salah seorang daripada beratus-ratus ribu penonton CNA yang mengikuti keputusan Pilihan Raya Presiden di platform tersebut.
Penstriman langsung rancangan CNA itu menduduki tempat kedua dalam senarai video Singapura yang paling mendapat perhatian di YouTube pada 2023 - kedua selepas persembahan Rihanna sewaktu separuh masa Super Bowl LVII.
Setakat sehingga 14 Dis, keputusan Pilihan Raya Presiden berjaya menarik lebih 733,000 tontonan di YouTube.
Khidmat penstriman yang berlangsung selama hampir empat jam, menyorot liputan terperinci CNA mengenai ketiga-tiga calon presiden, analisis pakar, serta reaksi di lapangan sebelum dan selepas keputusan diumumkan.
Ia juga satu-satunya penstriman langsung yang berjaya memasuki senarai video paling mendapat perhatian YouTube di Singapura.
Baki senarai itu terdiri daripada video oleh pencipta tempatan dan antarabangsa seperti Naomi Neo dan MrBeast.
Google - syarikat induk YouTube - turut mendedahkan senarai carian bagi 2023. Senarai carian paling mendapat perhatian menyerlahkan topik, individu, acara dan lokasi yang menarik minat rakyat Singapura.
Mantan ahli politik Singapura, Tan Chuan-Jin, Nicole Seah dan Menteri Pengangkutan S Iswaran menduduki tiga tempat dalam 10 carian teratas bagi berita Singapura yang paling mendapat perhatian.
Namun, "Ticketmaster" yang muncul sebagai carian yang menduduki tempat pertama. Ejen penjualan tiket itu mendominasi berita apabila peminat di Singapura mengalami masalah untuk mendapatkan tiket konsert Taylor Swift.
Bagi berita antarabangsa pula, perang Israel-Hamas menarik minat pencarian tertinggi di Singapura, diikuti dengan kes pembunuhan personaliti Hong Kong Abby Choi.
Berikut adalah senarai penuh video dan pencipta kandungan yang paling mendapat perhatian di YouTube:
Singapura: Video YouTube Paling Mendapat Perhatian
1. Rihanna’s FULL Apple Music Super Bowl LVII Halftime Show [LIVE]
2. Singapore Presidential Election 2023: Tharman elected President | Polling Day results special
3. How Singapore Airlines Makes 50,000 In-Flight Meals A Day | Big Business | Insider Business
4. $1 vs $500,000 Plane Ticket!
5. Golden Buzzer: Putri Ariani receives the GOLDEN BUZZER from Simon Cowell | Auditions | AGT 2023
6. BLACKPINK Carpool Karaoke
7. Building My Dream Glass House | Naomi Neo's House Tour
8. What's Considered Poor In Singapore? | Street Interview
9. (BEST University in Asia) Their Expected Salaries... | (亞洲最強大學!) 在新加坡國立大學畢業可以賺多少人工?? 原來不難考入!
10. HIGHLIGHTS: Liverpool 7-0 Man United | Salah breaks club record as Reds score SEVEN!
Berita Singapura Paling Dapat Perhatian
1. Ticketmaster
2. Tan Chuan-Jin
3. Nicole Seah
4. CDC Voucher 2023
5. iPhone 15
6. S. Iswaran
7. Presidential Elections 2023
8. Taylor Swift Singapore
9. Credit Suisse
10. GST Vouchers 2023
Berita Antarabangsa Paling Dapat Perhatian
1. War in Israel and Gaza
2. Abby Choi
3. Inter Miami
4, Turkey Earthquake
5. Al-Nassr
6. OpenAI
7. Titanic Submarine
8. TikTok CEO
9. Silicon Valley Bank
10. Oscars 2023
Video 'How to' Paling Dapat Perhatian
1. How to claim CDC Vouchers 2023
2. How to use ChatGPT
3. How to vote
4. How to edit WhatsApp messages
5. How to stop coughing
6. How to solve a Rubik’s Cube
7. How to buy Taylor Swift Tickets
8. How to wish Hari Raya
9. How to lose belly fat
10. How to see Instagram Wrapped
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.