Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pensijilan Enabling Mark galak lebih banyak syarikat ambil pekerja kurang upaya

Singapura sedang mengalakkan lebih banyak syarikat mengambil pekerja kurang upaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2020 07:53PM Dikemas Kini : 08 Oct 2020 09:09PM

SINGAPURA: Singapura sedang mengalakkan lebih banyak syarikat mengambil pekerja kurang upaya.

Buat julung-julung kalinya, satu rangka kerja dilancarkan untuk mengiktiraf syarikat-syarkat yang mengambil, melatih dan membuat penyesuaian bagi pekerja-pekerja kurang upaya.

Syarikat-syarikat itu akan dianugerahkan pensijilan Enabling Mark.

Enabling Mark menilai syarikat-syarikat dalam enam kategori, termasuk budaya tempat kerja dan amalan pengambilan pekerja.

Para penerima akan mendapat laporan tentang amalannya berhubung pekerja-pekerja kurang upaya.

Khidmat perundingan juga akan ditawarkan bagi memahami perkara-perkara yang boleh ditingkatkan.

Semasa pelancaran Enabling Mark hari ini, Presiden Halimah Yacob mengingatkan syarikat-syarikat agar tidak melupakan kelebihan mengambil pekerja secara inklusif.

Ini meskipun banyak perniagaan terjejas oleh pandemik COVID-19.

Syarikat-syarikat yang diiktiraf akan dibenarkan untuk menggunakan tanda Enabling Mark dalam bahan-bahan pemasaran.

Permohonan bagi Enabling Mark dibuka sehingga akhir tahun ini.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan