Penolong pusat ujian saringan COVID-19 dihukum penjara 2 minggu; jual kit ART bernilai S$14,000
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang penolong ujian saringan yang bekerja di Pusat Ujian Pantas COVID-19 didapati membantu pengurus pusat tersebut untuk menutup kesilapannya yang membuat tempahan berlebihan bagi kit Ujian Pantas Antigen (ART), dengan menyalahgunakanya.
Audrey Sau Qi Ng, 25 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada Selasa (17 Jan).
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menyalah guna dan menukar kit ujian tersebut kepada wang tunai.
Mahkamah diberitahu bahawa Sau adalah penolong ujian saringan yang bertugas di Pusat Ujian Pantas Tekka semasa pandemik COVID-19.
Dia bekerja di bawah pengurus pusat berkenaan, Deng Xiangying, 28 tahun.
Pusat itu menyediakan ujian ART yang diselia kepada orang ramai semasa pandemik COVID-19.
Sekitar 19 September 2021, Deng menyedari bahawa seorang pekerja di pusat itu tersilap mengira bekalan kit ujian ART dan ini menyebabkan tempahan berlebihan bagi kit tersebut dari Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).
Deng bimbang sekiranya dia dan rakan sekerjanya akan dikenakan tindakan atas kesilapan itu.
Untuk merahsiakan kesilapan itu, Deng dan Sau memutuskan untuk membawa pulang sejumlah karton kit ujian ART dari pusat tersebut.
Rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Deng dan Sau bertemu dengan saudara perempuan Deng di luar Pusat Ujian Pantas Tekka pada 19 September 2021.
Sau dilihat menerusi rakaman CCTV, mengangkat dua karton kit ujian ART dari pusat saringan itu, sementara rakan sekerjanya membawa karton ketiga keluar dari pusat tersebut.
Secara keseluruhannya, mereka mengambil sebanyak 103 kotak kit ujian ART.
Mereke kemudian memutuskan untuk menjual kit ujian ART tersebut di Carousell untuk meraih keuntungan, menggunakan akaun Carousell milik Deng.
Secara keseluruhannya, Deng dan Sau menjual sebanyak 44 kotak kit ART kepada 19 pelanggan, meraih keuntungan sebanyak S$5,363.70. Baki kotak kit ART tersebut ditemui semasa siasatan dijalankan.
Kes tersebut terbongkar apabila seorang individu yang tidak dikenali membuat aduan kepada pihak polis pada Oktober 2021 mengenai mereka berdua yang menjual kit ujian ART itu untuk meraih keuntungan.
Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang membuat aduan itu.
Deng sudahpun dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu pada November dan diarah supaya membayar pampasan sebanyak S$2,505.25.
Sau dibenarkan menjalani hukuman penjaranya mulai 25 Januari.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.