Penjualan rumah privet naik 3 kali ganda, dengan hampir 800 unit berjaya dijual bulan lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penjualan rumah privet naik tiga kali ganda dengan hampir 800 unit berjaya dijual pada bulan lalu berbanding Oktober.
Ini mengambil kira pelancaran tiga projek kondominium pada November, yang menawarkan sekitar 970 unit.
Permintaan juga meningkat kerana kurangnya unit yang dilancarkan sepanjang September dan Oktober.
Projek paling laris ialah J'den yang terletak di Daerah Tasik Jurong.
Ia merupakan kondominium pertama ditawarkan di Jurong East dalam tempoh 10 tahun, dengan 329 unit dijual bulan lalu, pada harga purata S$2,475 bagi setiap kaki persegi.
Satu lagi projek, Hillock Green di Lentor Central, menerima sambutan yang baik, dengan 132 unit daripada 474 unit terjual, atau 28 peratus unitnya.
Unit tersebut dijual dengan harga purata S$2,110 bagi setiap kaki persegi.
Ini meskipun tiga projek dilancarkan di kawasan tersebut sepanjang 15 bulan yang lalu.
Manakala Watten House yang mempunyai 180 unit, menjual 109 unitnya pada harga purata S$3,199 bagi setiap kaki persegi.
Para penganalisis mengaitkan penjualan yang memberangsangkan itu dengan lokasinya yang terletak berdekatan dengan Stesen MRT Tan Kah Kee dan Botanic Gardens, dan sekolah-sekolah terkenal seperti Hwa Chong Institution dan Sekolah Perempuan Cina Singapura.
RAMALAN BAGI 2024
Penjualan pada Disember 2023 dijangkakan lebih perlahan, disebabkan musim percutian dan pelancaran yang lebih kecil.
“Kami menjangkakan penjualan rumah privet baharu (tidak termasuk kondominium eksekutif) pada 2023 berkemungkinan boleh mencapai sekitar 6,500 hingga 7,000 unit, yang merupakan penjualan tahunan pemaju paling perlahan sejak 4,264 rumah baharu dijual pada 2008,” kata ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Wong Siew Ying.
Walau bagaimanapun, 2024 dijangkakan bermula dengan baik disebabkan beberapa pelancaran pada Januari, seperti The Arcady @ Boon Keng, The Hillshore, Hillhaven, Lentoria, serta Lumina Grand EC.
Secara keseluruhannya, projek-projek tersebut dapat menawarkan anggaran lebih dari 830 unit kediaman privet dan 512 Kondominium Eksekutif (EC)," tambah Cik Wong.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.