Penjualan rumah privet jatuh 39.5% pada Oktober berbanding setahun lalu
Penjualan rumah privet baru menjunam 39.5 peratus pada bulan Oktober berbanding tempoh yang sama setahun lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (15 Nov).
Gambar fail: TODAY
SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru menjunam 39.5 peratus pada bulan Oktober berbanding tempoh yang sama setahun lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (15 Nov).
Pemaju hartanah menjual 758 unit rumah privet - tidak termasuk kondominium eksekutif (EC) - berbanding 1,253 unit pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, berdasarkan perbandingan setiap bulan, penjualan naik 15.4 peratus berbanding 657 unit yang terjual pada bulan September.
Sebahagian besar perangkaan bulanan ini dipacu oleh sentimen pasaran yang positif, menurut CEO PropNex Realty Ismail Gafoor.
"Lebih banyak pelabur dan mereka yang membeli rumah sedemikian membelinya pada harga yang sesuai. Para pembeli membeli rumah privet kerana mereka menjangkakan para pemaju hartanah mungkin akan menaikkan harga bagi projek-projek yang sedia ada, selaras dengan pelancaran projek-projek baru pada 2018," katanya sambil menambah bahawa jumlah urus niaga mungkin kukuh dalam masa dua bulan akan datang.
Termasuk EC, 969 unit dijual pada bulan Oktober berbanding 906 unit yang terjual pada bulan sebelumnya.
Sebanyak 242 unit dilancarkan bulan lalu, dengan hartanah yang paling laris - berdasarkan urus niaga bagi bulan lalu - adalah Sophia Hills di Mount Sophia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.