Penjualan rumah privet baru meningkat pada Feb, meski cukai setem pembeli naik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Kenaikan cukai setem pembeli bagi hartanah bernilai lebih tinggi tidak menghalang para pembeli membeli hartanah kediaman, dengan penjualan rumah privet meningkat pada Februari, menurut para penganalisis.
Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), para pemaju menjual 432 unit bulan lalu, iaitu kenaikan hampir 10 peratus daripada 393 unit yang dijual pada Januari.
Demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (15 Mac).
Berdasarkan tahun ke tahun, penjualan merosot 20.3 peratus daripada 542 unit pada Februari 2022.
Jumlah unit yang ditawarkan susut dari 410 pada Januari kepada 401 bulan lalu.
Kenaikan pada cukai setem pembeli bagi kedua-dua hartanah kediaman dan bukan kediaman bernilai lebih tinggi diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawannya bulan lalu.

Perubahan yang berkuat kuasa 15 Februari lalu dijangkakan menjejas 15 peratus rumah, menurut Encik Wong.
Pengarah kanan penyelidikan Hutton Asia, Encik Lee Sze Teck, berkata langkah tersebut bagaimanapun tidak menghalang pembeli daripada membeli hartanah kediaman.
"Para pembeli melihat kenaikan kecil pada cukai setem pembeli sebagai cukai kekayaan dan ia tidak menghalang mereka daripada membeli hartanah kediaman," kata Encik Lee.
CCR SAKSIKAN PENJUALAN PALING BANYAK PADA FEBRUARI
Sebanyak 222 daripada 432 unit yang dijual pada Februari terletak di Kawasan Tengah Bandar (CCR).
Lagi 163 unit terletak di Baki Kawasan Tengah (RCR), manakala 47 unit dijual di Luar Kawasan Bandar (OCR).
Kebanyakan penjualan disaksikan di CCR kerana projek-projek yang dilancarkan di kawasan itu terus menjual unit-unitnya yang tidak terjual pada bulan lalu, kata Cik Christine Sun, naib presiden kanan kajian dan analisis di OrangeTee & Tie.
Terra Hill yang terletak di Yew Siang Road di kawasan RCR mencatatkan penjualan unit paling banyak, iaitu 97 unit pada harga median S$2,699 setiap kaki persegi.
Projek lain yang mencatatkan penjualan tertinggi termasuk Pullman Residences Newton (38 unit dijual) dan Leedon Green (21 unit dijual), kedua-duanya terletak di kawasan CCR.
PANDANGAN PARA PENGANALISIS
Encik Lee berkata pembeli boleh menjangkakan projek-projek seperti Tembusu Grand, Blossoms by the Park dan The Continuum bagi pelancaran seterusnya dalam tempoh dua bulan mendatang.
Beliau menambah bahawa keruntuhan Bank Silicon Valley tidak dijangka memberi kesan ketara kepada pasaran hartanah disebabkan tindakan pantas yang diambil pemerintah Amerika Syarikat (AS).
Walau bagaimanapun, jika Bank Simpanan Federal AS memutuskan untuk memperlahankan rentak kenaikan kadar faedahnya atau menghentikannya, ia akan memberi rangsangan kepada pasaran hartanah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.