Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjualan rumah privet baharu jatuh pada Jun kerana kurang pelancaran projek besar, kata penganalisis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penjualan rumah privet baharu di Singapura jatuh pada Jun, kemerosotan pertama selepas kenaikan lima bulan berturut-turut pada 2023.

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), pemaju hartanah menjual 278 unit pada Jun,iaitu jatuh 73.2 peratus berbanding 1,039 unit yang dijual pada Mei, menurut data dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (17 Jun).

Berdasarkan penjualan dari tahun ke tahun, penjualan rumah privet merosot 43 peratus daripada 488 unit yang dijual pada Jun 2022.

Jumlah unit yang dilancarkan untuk dijual juga menyaksikan kemerosotan ketara, dengan 31 unit dilancarkan pada Jun adalah 98.1 peratus lebih rendah berbanding 1,595 unit pada Mei, dan 92.2 peratus lebih rendah berbanding 397 unit pada Jun 2022.

Para penganalisis berkata jumlah penjualan lebih rendah itu disebabkan kurangnya pelancaran projek-projek besar pada Jun, dengan hanya projek Lavender Residence dilancarkan pada bulan itu.

Pegawai Eksekutif utama ERA Realty Network Eugen Lim berkata cuti sekolah Jun, di mana ramai rakyat Singapura pergi bercuti, sebagai sebab pemaju tidak melancarkan sebarang projek baharu.

Ketua kajian CBRE Asia Tenggara Tricia Song berkata jumlah penjualan bulan Jun, iaitu yang paling rendah sejak 170 unit dijual pada Disember 2022, menggambarkan sentimen "pembelian berhati-hati di tengah-tengah keadaan ekonomi yang lemah".

Beliau menarik perhatian bahawa 3,463 rumah privet baharu yang dijual pada separuh pertama 2023 adalah 18 peratus lebih rendah berbanding 4,222 unit yang dijual pada separuh pertama 2022.

Menurut Encik Lim dari ERA, langkah meredakan pasaran yang dilaksanakan pada April mempunyai "kesan besar" terhadap permintaan pembeli asing.

PERMINTAAN KEKAL TINGGI

Para penganalisis meramalkan bahawa penjualan rumah privet baharu akan meningkat pada separuh kedua tahun ini, dengan lebih banyak projek dijadualkan dilancar.

Sebanyak 1,196 unit baharu bakal diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang, kata Encik Lim.

Penganalisis menganggarkan antara 7,000 hingga 8,000 rumah baharu akan dijual pada 2023, dengan harga keseluruhan rumah meningkat antara tiga dengan lima peratus.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan