Penjualan rumah privet baharu cecah paras terendah pada Dis 2023
Penjualan rumah privet baharu mencecah paras terendah pada Disember lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail TODAY.
SINGAPURA: Penjualan rumah privet baharu mencecah paras terendah pada Disember lalu.
Malah, ia merupakan paras terendah sejak Januari 2009, menyusuli krisis Kewangan Global.
Menurut para pengamat industri, ketiadaan pelancaran projek utama dan aktiviti berkurangan dalam pasaran rumah privet merupakan sebab utama bagi jumlah penjualan lebih rendah.
Sebanyak 135 unit dijual pada bulan lalu.
Ia adalah kemerosotan lebih 80 peratus berbanding 784 unit yang dijual pada November lalu.
Jumlah penjualan juga merosot sekitar 20 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, di mana hampir 6,500 rumah baharu dijual, termasuk kondominium eksekutif.
Hampir separuh daripada unit yang terjual terletak di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
Tiga hartanah paling laris adalah The Continuum, The Landmark dan The Myst.
Keseluruhan penjualan rumah privet baharu pada tahun lalu juga adalah terendah sejak 2008.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.