Penjualan rumah privet baharu bagi bulan Julai terendah dalam tempoh sedekad
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penjualan rumah privet baharu di Singapura pada bulan lalu merupakan yang terendah bagi bulan Julai dalam tempoh sedekad. Ini meskipun ia meningkat ke paras tertinggi sejak Mac lalu.
Sebanyak 571 unit dijual, tidak termasuk Kondominium Eksekutif (EC).
Peningkatan itu dipacu oleh pelancaran dua projek baharu di Jurong West dan Changi.
Harga jualan untuk unit-unit tertentu berada di bawah S$1 juta, untuk pertama kali pada tahun ini.
Menurut para penganalisis hartanah, ini menjadikannya lebih menarik bagi para pelabur.
Menurut mereka lagi, para pemaju mungkin akan menangguhkan pelancaran beberapa projek sehingga September nanti, bagi mengelakkan musim 'Hungry Ghost' kaum Cina.
Prestasi yang dicatat tahun ini juga, menurut mereka, mungkin akan menjejas penjualan tanah oleh pemerintah.

Sumber : CNA/AI/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.