Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjualan motosikal naik lebih seganda selepas COE junam hampir 60%

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan motosikal naik lebih seganda selepas COE junam hampir 60%

Gambar hiasan

Diterbitkan : 07 May 2023 07:54PM Dikemas Kini : 07 May 2023 07:59PM
SINGAPURA: Kedai-kedai menjual motosikal menyaksikan jumlah penjualan masing-masing melonjak sekurang-kurangnya seganda sejak harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi motosikal menjunam sebanyak 58.9 peratus dalam tender terkini pada Khamis (4 Mei), menyusuli langkah baru bagi mengekang spekulasi.

Bulan lalu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menaikkan deposit bidaan bagi COE motosikal daripada S$800 kepada S$1,500.

Dalam bidaan terbaru itu, COE motosikal merosot lebih S$7,000 ke paras S$5,002 daripada S$12,179 iaitu yang terendah dalam tempoh lebih tiga tahun.

Ia bermakna, sebuah motosikal yang sebelum ini berharga S$20,000, kini harganya S$13,000.

Meskipun harga COE yang rendah itu menguntungkan pelanggan, kedai-kedai kini berdepan dengan bekalan berlebihan motosikal terpakai.

Mereka berkongsi bahawa kerugian boleh dijangkakan bagi motosikal-motosikal sedemikian yang mempunyai harga COE lebih mahal.

Lantaran itu, ada beberapa syarikat yang merancang untuk menyewakan motosikal sedemikian.

Mereka juga meramalkan harga COE yang baru nanti bakal meningkat ataupun mengalami sedikit turun naik.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan