Penjualan minuman rendah gula meningkat sedang sistem penilaian dilaksanakan pada 30 Dis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Lebih ramai orang membeli minuman yang lebih sihat di Singapura, menjelang pelaksanaan label 'Nutri-Grade' bagi minuman yang sudah dibungkus pada Jumaat (30 Dis).
Sistem gred empat tahap itu berdasarkan kandungan gula dan lemak tepu dalam minuman. Ia ditandakan dengan warna berbeza - A (hijau gelap), B (hijau terang), C (jingga) dan D (merah), dengan A merupakan kategori minuman dengan kandungan gula dan lemak yang paling rendah sekali.
Minuman yang diberikan gred C atau D harus meletakkan label berkenaan di bahagian depan bungkusan, menurut MOH. Jika dijual online, ataupun melalui mesin layan diri, imej Nutri-Grade mesti dipamerkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Iklan juga dilarang bagi sebahagian besar minuman gred D.
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Khamis (29 Dis) bahawa pihaknya maklum mengenai "kenaikan yang memberangsangkan" dalam penjualan minuman yang diberikan gred A atau B, iaitu peningkatan daripada 37 peratus pada 2017 kepada 71 peratus pada 2021.
"Kini, terdapat lebih alternatif yang lebih sihat seperti pilihan rendah gula atau tiada gula bagi minuman ringan, minuman dari Asia dan teh sedia untuk diminum. Beberapa jus yang mengandungi kandungan gula yang lebih juga sudah diperbaharui melalui pencampuran dengan buah-buahan dan sayur-sayuran rendah gula, atau dibentuk semula untuk menjadi minuman jus."
Kementerian itu menambah bahawa pilihan bagi minuman kopi dan teh 'semua dalam satu' yang lebih sihat dengan kandungan lemak tepu yang rendah, juga bertambah daripada 24 peratus pada 2017 kepada 36 peratus pada 2021.
Minuman yang diberikan label 'Nutri-Grade' termasuk minuman yang sudah dibungkus dalam botol, tin, karton atau paket, serbuk atau pekat seperti minuman kopi segera 3-dalam-1 dan kordial, dan minuman yang diambil daripada dispenser minuman automatik seperti minuman air pancut dan mesin kopi automatik.
Sejak pengumuman sistem penilaian tersebut pada 2019, para pembekal sudahpun meletakkan label 'Nutri-Grade' pada produk-produk mereka secara bertahap-tahap, memperbaharui minuman mereka dan memperkenalkan pilihan rendah gula serta rendah lemak, menjelang tarikh pelaksanaan label tersebut.
Menurut MOH, satu daripada lima produk minuman di pasaran mempunyai Simbol Pilihan Lebih Sihat. Minuman-minuman demikian juga diberikan gred A.
Sebuah sistem penilaian seumpamanya juga bakal diguna pakai bagi minuman yang disiapkan secara langsung oleh cawangan makanan dan minuman (F&B), yang mana akan dikuatkuasakan menjelang hujung 2023.
Ia akan menjejas minuman yang disiapkan secara langsung dari kedai-kedai kopi, jus segar dan 'bubble tea'.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.