Penjualan daun selada iceberg ditarik balik dari pasar raya S'pura
Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) mengarahkan supaya ditarik balik penjualan daun-daun selada iceberg yang dijual di pasar raya NTUC FairPrice dan Sheng Siong.

Daun selada iceberg dari NTUC FairPrice dan Sheng Siong sudah ditarik balik. (Gambar: AVA)
SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) mengarahkan supaya ditarik balik penjualan daun-daun selada iceberg yang dijual di pasar raya NTUC FairPrice dan Sheng Siong.
AVA mengambil langkah itu setelah daun selada iceberg dari sebuah ladang Malaysia didapati mengandungi kadar tinggi fipronil, iaitu sejenis racun pembunuh serangga. Demikian menurut AVA dalam satu amaran yang dikeluarkan pada Khamis (4 Okt).
Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex bagi penjualan di kedua-dua pasar raya tersebut. AVA sudahpun mengarahkan pihak pengimport untuk menarik balik produk berkenaan, yang sedang dijalankan, menurut agensi itu.
Daun selada iceberg yang dijual di NTUC FairPrice yang ditarik balik mempunyai kod pembekal 40.

(Gambar: AVA)
"Para pelanggan yang sudahpun membeli produk-produk terjejas boleh menghubungi cawangan-cawangan pasar raya itu bagi sebarang pertanyaan," menurut AVA.
Agensi itu turut menasihati orang awam supaya mengamalkan tabiat keselamatan makanan yang baik dengan mencuci dan merendamkan sayur-sayuran bagi menghapuskan sebarang sisa racun pembunuh serangga sebelum memasak atau memakannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.