Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjualan bunga merosot sehingga 30% pada musim Tahun Baru Cina

Penjualan yang dicatatkan kedai-kedai bunga tempatan mengalami kemerosotan sehingga 30 peratus pada musim Tahun Baru Cina sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2021 06:52PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 08:52PM

SINGAPURA: Penjualan yang dicatatkan kedai-kedai bunga tempatan mengalami kemerosotan sehingga 30 peratus pada musim Tahun Baru Cina sekarang.

Lazimnya musim tersebut didakwa membawa keuntungan yang lumayan.

Namun ramai penjual menyalahkan pandemik COVID-19 yang menyebabkan kos-kos penghantaran meningkat dan bekalan berkurangan.

Para penjual kini menghadapi cabaran untuk membawa masuk bekalan dari Malaysia dan China.

Akibatnya, bekalan dari Malaysia jatuh 20 peratus manakala kos penghantaran dari China pula meningkat tiga kali ganda.

Bagi para penjual, menyerap kos yang tinggi mungkin cara yang terbaik untuk mengekalkan pelanggan.

Ada segelintir pula yang harus mengurangkan jualan kerana bekalan yang tidak mencukupi.

Tanaman yang dulu popular kini tidak lagi laku.

Disebabkan kurangnya syarikat yang membeli tanaman untuk menghiasi pejabat, permintaan bagi tanaman lebih kecil bagi rumah pula semakin meningkat.  

Sumber : CNA/NZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan