Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjualan BTO Oktober tawar 7 projek Plus, 1 projek Prime

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Oct 2024 07:43PM Dikemas Kini : 10 Oct 2024 12:08AM

SINGAPURA: Pembeli rumah ditawarkan tujuh projek Plus dan satu projek Prime bagi penjualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) minggu hadapan, iaitu yang pertama untuk mengklasifikasikan perumahan awam di bahawa rangka kerja baharu.

Ia merangkumi kira-kira 15 projek, iaitu bilangan tertinggi yang dilancarkan dalam mana-mana tawaran BTO setakat ini.

Projek Plus, yang ditakrifkan sebagai rumah flat terletak di “lokasi pilihan ramai dengan keterhubungan yang baik dan/atau ciri unik”, akan terdiri daripada 3,273 unit di empat bandar, iaitu Kallang/Whampoa, Ang Mo Kio, Bedok dan Geylang, umum Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Rabu (9 Okt).

Ia termasuk projek Kallang View, yang terletak antara stesen MRT Kallang dan Geylang Bahru.

Dua lagi projek BTO dalam kategori Plus, iaitu Bayshore Vista dan Bayshore Palms, terletak jauh sedikit dari pusat bandar, tetapi menawarkan "pengalaman hidup di tepi pantai yang unik, dengan pemandangan laut di tingkat lebih tinggi", umum HDB.

Satu-satunya projek BTO yang akan dilabelkan sebagai Prime, iaitu kategori bagi projek di "lokasi yang sangat baik", terletak di Kallang/Whampoa. Crawford Heights, yang terletak di persimpangan antara North Bridge Road dengan Crawford Street, akan menawarkan 312 flat.

Tujuh lagi projek BTO merupakan flat Standard yang terletak di lima bandar iaitu Bukit Batok, Jurong West, Pasir Ris, Sengkang dan Woodlands.

Sebanyak 4,988 flat Standard, yang terdiri daripada Flexi 2 bilik hingga flat Tiga Generasi (3Gen), akan dilancarkan. Ia merangkumi lebih separuh daripada bekalan flat baharu dalam penjualan BTO akan datang.

Secara keseluruhan, HDB akan menawarkan 8,573 flat merentasi 15 projek di sembilan bandar HDB dalam penjualan BTO akan datang.
 

s


Ia membentuk lebih 40 peratus daripada bekalan HDB tahun ini.

Di bawah rangka kerja baharu, di mana ia dikelaskan berdasarkan jarak dengan pusat bandar, pengangkutan awam dan kemudahan.

Menurut pemerintah, langkah tersebut bertujuan memastikan daya kemampuan, keadilan dan campuran sosial yang baik.

ROMBAKAN PADA KLASIFIKASI FLAT HDB

Dalam rombakan pada klasifikasi estet yang dikenali sebagai estet matang atau tidak matang, penjualan flat BTO mulai Oktober akan diklasifikasikan sebagai Standard, Plus atau Prime.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata, flat tersebut diklasifikasian sedemikian berdasarkan "penilaian menyeluruh" terhadap tiga kriteria, iaitu jarak dengan pusat bandar, keterhubungan pengangkutan awam dan kemudahan, seperti khidmat sosial dan komersil yang biasanya ditawarkan di pusat bandar.

"Projek Standard akan diklasifikasikan berdasarkan penilaian menyeluruh berkait ciri-ciri lokasinya. Ia mungkin mempunyai satu atau dua ciri, manakala projek Plus dan Prime biasanya mempunyai lebih banyak ciri menarik," katanya.

HDB menyatakan klasifikasi baharu itu juga bermakna terdapat projek dengan "klasifikasi yang berbeza dalam bandar yang sama, disebabkan pelbagai tarikan pada lokasi".

Encik Lee, yang mengambil penjualan BTO akan datang sebagai contoh, menarik perhatian bahawa projek di Kallang/Whampoa akan menyaksikan projek yang banyak, dengan tiga projek BTO ditawarkan.

Dua daripada projek itu, Kallang View dan Towner Breeze, adalah flat Plus, kerana perjalanan singkat ke pusat bandar, pilihan pengangkutan yang baik, serta kemudahan yang boleh diakses dan sudah disediakan.

Namun, projek ketiga, Crawford Heights, diklasifikasikan sebagai projek Prime kerana ia mempunyai ciri lokasi yang berada "satu peringkat di atas". Projek tersebut terletak lima minit dari stesen MRT Lavender dan berhampiran Sungai Rochor, Taman Sungai Kallang, dan kawasan Kallang Alive yang akan dibina pada masa depan, kata Encik Lee.

Projek Plus juga mungkin dilancarkan di bandar yang sama seperti projek Standard.

HDB menyatakan ia sama seperti bagaimana projek di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) dan projek BTO dilancarkan di sejumlah estet matang seperti Queenstown dan Kallang/Whampoa sejak beberapa tahun lalu.

Model PLH dilancarkan pada November 2021 untuk memastikan bahawa kawasan tengah Singapura tidak dijadikan "kejiranan eksklusif yang hanya dinikmati golongan kaya yang memiliki rumah privet". Ia termasuk projek BTO yang ditempatkan di kawasan utama dan mempunyai Tempoh Penginapan Minimum (MOP) 10 tahun.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa rangka kerja klasifikasi baharu HDB dilaksanakan untuk memastikan pemilikan rumah mampu dinikmati semua kumpulan pendapatan, mengekalkan pergaulan sosial di setiap bandar dan kawasan, serta memastikan sistem yang adil bagi semua orang.

Encik Lee mengulangi perkara tersebut pada Rabu, dan berkata bahawa HDB akan memberikan subsidi tambahan kepada mereka yang membeli flat Plus dan Prime, untuk memastikan flat itu kekal mampu dimiliki oleh kumpulan rakyat Singapura yang lebih luas.

PERUBAHAN PADA KUOTA, PERUNTUKAN SKIM

Di samping pelancaran sistem klasifikasi baharu, HDB menyatakan beberapa perubahan akan dilaksanakan buat pelbagai bidang, seperti kuota peruntukan flat dan peluang undi untuk pemohon kali pertama, serta kadar bekalan flat yang diperuntukkan di bawah pelbagai skim keutamaan.

"Secara amnya, had yang dikenakan untuk flat estet tidak matang sebelum ini, kini akan dikenakan untuk flat Standard, dan had yang hanya dikenakan untuk flat PLH sebelum ini, kini hanya dikenakan untuk flat Prime," umum HDB.

Sebagai contoh, sekurang-kurangnya 95 peratus daripada flat empat bilik dan yang lebih besar di estet matang dan tidak matang, kini diperuntukkan untuk keluarga kali pertama.

Dengan klasifikasi baharu, peratusan yang sama bagi rumah flat empat bilik dan lebih besar di merata projek Standard, Plus dan Prime akan diperuntukkan untuk keluarga kali pertama.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan