Penjual semula kasut didenda beri sogokan kepada pekerja Foot Locker

Salah satu cawangan Foot Locker di Singapura. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Seorang penjual semula kasut 'sneaker' memberi wang sogokan kepada pembantu pengurus kedai kasut Foot Locker untuk mendapatkan maklumat tentang kasut edisi terhad yang akan dilancarkan.
Penjual tersebut memberikan wang sogokan berjumlah S$5,681 sepanjang 22 kesempatan berbeza, dan mendapat untung sekurang-kurangnya S$6,000 hasil daripada menjual semula kasut-kasut tersebut.
Warga China dan penduduk tetap Singapura itu Meng Fanxuan, yang berusia 26 tahun, didenda S$20,000 pada Khamis (23 Dis).
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan memberi wang sogokan kepada pengurus kedai Foot Locker untuk mendapatkan maklumat sulit. Tuduhan kedua kerana memberi wang sogokan kepada pekerja penjualan AW LAB untuk buat tempahan kasut edisi terhad juga diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Meng mula mengumpul kasut 'sneaker' pada 2008 apabila tiba di Singapura buat pertama kalinya. Dia mula bergiat dalam perniagaan menjual semula kasut pada 2019, selepas meraih menjual kasut Nike dan meraih untung sebanyak S$29,000.
Meng kerap ke kedai kasut seperti Foot Locker dan JD Sports untuk mencari kasut yang berpotensi memberinya keuntungan selepas menolak kos pengangkutan dan cukai penghantaran.
Sasarannya, pelanggan di China dan Meng akan memuat naik kasut yang dijualnya ke aplikasi di China.
Ketika melakukan kesalahan itu antara 2020 dengan 2021, Meng merupakan seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebagai seorang penolong pentadbiran.
Dalam rayuannya bagi hukuman diringankan, Meng berkata dia tidak mempunyai wang simpanan yang banyak kerana baru tamat menjalani Perkhidmatan Negara dan meminta hakim untuk mempertimbangkan keadaannya. Dia dibenarkan membayar denda secara ansuran sebelum April.
Goh akan kembali ke mahkamah minggu depan bagi sebutan lanjut kesnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.