Skip to main content

Singapura

Penjual durian Ghim Moh didakwa kurang isytihar pendapatan sebanyak S$708,000

Dua adik-beradik yang menjual durian didakwa pada Jumaat (3 Mei) kerana cuba elak membayar cukai dengan mengurangkan pendapatan mereka sebanyak S$708,000 bagi tempoh selama enam tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjual durian Ghim Moh didakwa kurang isytihar pendapatan sebanyak S$708,000

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 03 May 2019 11:58PM Dikemas Kini : 04 May 2019 12:02AM

SINGAPURA: Dua adik-beradik yang menjual durian didakwa pada Jumaat (3 Mei) kerana cuba elak membayar cukai dengan mengurangkan pendapatan mereka sebanyak S$708,000 bagi tempoh selama enam tahun.

Shui Poh Sing, 60 tahun, dan Shui Poh Chung, 57 tahun, masing-masing mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan cukai bernilai S$45,933 yang cuba dielakkan.

Empat tuduhan lain turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Shui Poh Sing adalah rakan pengurusan Seng Chung Trading. Adik-beradik itu menguruskan kedai durian Ah Seng Durian di Ghim Moh.

Siasatan menunjukkan bahawa pendapatan yang tidak diisytiharkan sudah digunakan untuk melunaskan gadai janji bagi hartanah mereka di Malaysia, menurut Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS).

Shui Poh Sing juga mengaku bersalah terhadap satu tuduhan gagal mendaftarkan GST apabila pendapatan pasar raya Shanghai Moh Lee Seng, melepasi paras S$1 juta yang mewajibkan pendaftaran GST pada 2016.

Ini mendorongnya untuk mengelak bayaran cukai bernilai S$87,314, menurut IRAS.

Shui Poh Chung pada Jumaat didenda S$10,000 dan diarahkan membayar denda cukai S$46,303, iaitu seganda jumlah cukai yang cuba dielakkan.

Abangnya akan dijatuhkan hukuman pada 7 Mei. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita