Penjelasan banglo 26 Ridout Road disewa Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua menteri - K Shanmugam dan Dr Vivian Balakrishnan yang menyewa banglo kolonial di Ridout Road didapati tidak menyalahgunakan kuasa selepas dua semakan berasingan dijalankan ke atas perkara tersebut atas arahan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Pada Mei, diumumkan bahawa akan ada satu semakan bebas yang dipimpin oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean ke atas banglo di 26 Ridout Road dan 31 Ridout Road masing-masing oleh Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.
Dua laporannya dikeluarkan hari ini (28 Jun), menjawab soalan-soalan mengenai bagaimana kedua-dua menteri berkenaan boleh menyewa hartanah tersebut serta ketelusan dalam memasarkan rumah banglo kolonial tersebut.

Estet Ridout Road diletakkan di bawah pengurusan ejen pihak ketiga dan mereka menentukan bagaimana untuk memasarkan hartanah itu berdasarkan keadaan pasaran semasa, menurut laporan Encik Teo.
Berikut penjelasan tentang banglo di 26 Ridout Road yang disewa Encik Shanmugam.
Menurut semakan CPIB, 26 Ridout Road sudah kosong sejak Disember 2013 dan tidak menarik sebarang bidaan selama lebih empat tahun. Pada 2018, Encik Shanmugam melantik seorang ejen hartanah untuk mewakili beliau bagi urus niaga sewa bagi hartanah tersebut.
Ini selepas beliau meninjau beberapa hartanah sejak 2017, yang semuanya mempunyai papan tanda "untuk disewakan" dipaparkan dengan jelas di pagar masing-masing.
Semasa lawatan beliau ke hartanah itu, Encik Shanmugam melihat belukar tebal di kawasan cerun bersebelahan premis tersebut. Beliau kemudian menyuarakan kebimbangannya tentang risiko kesihatan awam yang boleh timbul daripada ular, nyamuk atau pokok tumbang.
Menerusi ejen hartanah beliau, Encik Shanmugam pada awalnya berunding dengan Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk membersihkan kawasan tanah itu sebelum menyewa hartanah bersebalahannya, dengan dibayarnya sendiri. Ini memandangkan beliau "tidak yakin tanah bersebelahan itu akan dijaga untuk memastikan ia bebas daripada isu-isu kesihatan dan keselamatan".
"Menteri Shanmugam menyatakan dalam temu bual beliau dengan CPIB bahawa beliau tidak mahu menyewa tanah bersebelahan itu kerana terdapat kewajipan undang-undang yang berkait dengan penyewaannya," menurut CPIB dalam laporannya.
Bagaimanapun, pada pandangan SLA tanggungjawab penyewa tidak termasuk menjaga kawasan menjangkaui sempadan hartanah yang disewa, dan jika Encik Shanmugam menjaga tanah bersebelahan itu atas biayanya sendiri, tanah bersebelahan itu harus disertakan dalam penyewaan 26 Ridout Road.
Pandangan tersebut dipersetujui, dan SLA kemudian memasang pagar di kawasan tanah bersebelahan itu supaya termasuk dalam sempadan hartanah 26 Ridout Road. Langkah tersebut meluaskan saiz tanah sekitar 150 peratus, daripada 9,350 meter persegi kepada 23,164 meter persegi.
Kos pembersihan tapak itu, menanam semula tumbuh-tumbuhan dan memasang pagar adalah S$172,000, yang pada awalnya dibiayai SLA dan kemudian ditebus daripada bayaran sewa Encik Shanmugam.
Kos untuk menjaga tanah tambahan itu, iaitu sekitar S$25,000 setahun, ditanggung oleh Encik Shanmugam. Jika tidak ditanggung Encik Shanmugam, ia akan ditanggung oleh SLA.
Dari segi panduan sewa, Encik Shanmugam dan ejen beliau, tidak mengetahui mengenainya. Sebaliknya, ejen beliau meneliti harga sewa dengan mengambil kira hartanah di kejiranan yang setanding dan secara bebas menentukan dan menetapkan nilai sewa.
CPIB menyatakan dalam proses itu, Encik Shanmugam memberitahu ejen hartanah tersebut bahawa beliau tidak harus membayar jumlah lebih rendah daripada tetangganya.
Jumlah akhir yang dirundingkan ialah S$26,500, yang memenuhi jumlah minimum harga sewa yang dicapai oleh SLA.
Kerja-kerja pembaikan bagi hartanah itu agak besar, memandangkan ia tidak dihuni sejak 2013, dengan kerja-kerja pembaikan utama yang dijalankan oleh SLA berjumlah S$515,400 untuk memastikan ia boleh dihuni.
Bagi pihak Encik Shanmugam, beliau membayar S$61,400 untuk membangunkan sebuah tempat meletak kereta selain lebih S$400,000 lagi bagi kerja-kerja naik taraf tambahan ke atas hartanah negara itu yang tidak dijalankan di bawah kerja-kerja baik pulih SLA.
Dari segi perjanjian penyewaan, isteri Encik Shanmugam, menandatangani perjanjian bertempoh sembilan tahun, yang dibahagikan kepada tiga penggal tiga tahun.
Selepas tempoh sewaan itu pertama kali diperbaharui pada 2021, sewa penggal kedua kekal pada harga S$26,500, seperti yang ditetapkan oleh SLA berdasarkan keadaan pasaran semasa.
Encik Shanmugam juga memaklumkan kepada kementeriannya, MinLaw, bahawa beliau akan mengecualikan dirinya daripada sebarang perbincangan mengenai hartanah yang disewa itu.
Beliau mengarahkan Menteri Negara Kanan MinLaw ketika itu, Cik Indranee Rajah, supaya mengambil alih perkara sedemikian, dan jika ia perlu dibawa kepada pihak lebih atas, Cik Indranee harus membawanya kepada Menteri Kanan Teo.
"Tiada perkara dibangkitkan oleh SLA kepada MinLaw sepanjang proses sewa itu," menurut CPIB.
Biro tersebut juga menyatakan "pemeriksaan teliti" juga sudah dijalankan sebelum menandatangani perjanjian sewa bagi hartanah negara di 26 Ridout Road itu.
Ini termasuk perisytiharan yang dibuat oleh SLA kepada Setiausaha Tetap MinLaw, bahawa proses urus niaga sewa itu dijalankan dengan betul tanpa sebarang percanggahan kepentingan.

Sumber : Today/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.