Skip to main content

Singapura

Penjawat politik, hakim mahkamah tinggi angkat sumpah jawatan di Istana hari ini

Dua penjawat politik dan seorang hakim mahkamah tinggi mengangkat sumpah jawatan di Istana siang tadi (3 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2020 07:44PM Dikemas Kini : 03 Aug 2020 08:57PM

SINGAPURA: Dua penjawat politik dan seorang hakim mahkamah tinggi mengangkat sumpah jawatan di Istana siang tadi (3 Ogos).

Ia disaksikan Presiden Halimah Yacob.

Encik Baey Yam Keng, 49 tahun mengangkat sumpah jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan bagi penggal kedua.

Manakala Encik Eric Chua pula mengangkat sumpah jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Berusia 41 tahun, ini adalah jawatan politiknya yang pertama bagi Encik Chua.

Pelantikan mereka itu diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa barisan Kabinet diumumkan bulan lalu.

Seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang baru juga mengangkat sumpah hari ini.

Encik Dedar Singh Gill, 61 tahun, pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Agung dua tahun yang lalu.

Beliau mula bertugas Sabtu lalu dan pelantikannya sudah diumumkan pada bulan April lalu.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita