Penjara sekurang-kurangnya 6 bulan diusul bagi kesalahan serah butiran Singpass kepada penipu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu panel penasihat menyarankan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan kepada sesiapa yang membenarkan akaun bank atau Singpass miliknya digunakan untuk kegiatan penipuan.
Ini sedangkan hukuman yang berkuat kuasa buat masa ini adalah denda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun.
Pesalah yang menyerahkan akaun bank kepada individu lain pula biasanya boleh didenda sehingga S$50,000 dan/atau hukuman penjara tiga tahun.
Sebagai permulaan, Panel Penasihat Hukuman hari ini (21 Ogos) mengeluarkan garis panduan bagi enam kesalahan berkaitan penipuan.
Garis panduan itu dilakar sedang kebimbangan terhadap jenayah penipuan kian meningkat.
Sepanjang lima tahun lalu, jumlah kes penipuan yang dilaporkan, naik tujuh kali ganda manakala jumlah wang para mangsa yang lesap, meningkat empat kali ganda.
Pada 2023, terdapat 46,563 kes penipuan, satu kenaikan 46.8 peratus dari 2022, menurut panel. Jumlah wang yang hangus dalam kes penipuan pada 2023 pula mencecah S$651.8 juta.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.