Skip to main content

Singapura

Penjara, sebat bagi lelaki yang ekori wanita, cabul kehormatannya dan curi coklat

Seorang lelaki yang mengekori seorang wanita ke rumahnya dan mencabul kehormatannya melakukan kesalahan baru ketika diikat jamin.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjara, sebat bagi lelaki yang ekori wanita, cabul kehormatannya dan curi coklat

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 09:40PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 09:44PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mengekori seorang wanita ke rumahnya dan mencabul kehormatannya melakukan kesalahan baru ketika diikat jamin. Dia ditangkap mencuri coklat dan minuman ketika dalam tempoh tersebut. Bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan, dia dijatuhi hukuman penjara, disebat dan didenda pada Rabu (24 Apr).

Gunaselan Muthuram, 27 tahun, didapati bersalah bulan lalu atas dua tuduhan mencabul kehormatan dan satu tuduhan menakut-nakutkan mangsa.

Dia ternampak mangsa dalam keadaan mabuk di perhentian bas di luar kelab Zouk pada awal pagi 5 Nov 2015. Wanita itu kemudian menaiki sebuah teksi.

Sebelum itu dia terdengar wanita itu memberitahu alamatnya kepada seorang teman. Dia mengekorinya dengan menaiki sebuah teksi lain.

Setibanya di apartmen, bekas juruteknik tentera laut itu mengekorinya ke dalam lif hingga ke tingkat enam dan mengheretnya ke tangga bertentangan lif tersebut.

Dia kemudian mencium wanita itu di mukanya berkali-kali dan mencabul kehormatannya sebelum memberitahunya: "Saya mahu merogol kamu."

Wanita itu berjaya meloloskan dirinya dan menekan loceng pintu rumahnya berkali-kali sebelum bapanya membuka pintu.

Dalam keadaan menangis, beliau memberitahu bapanya bahawa Gunaselan mencabulnya dan bapanya cuba mengejarnya dan menelefon polis.

Semasa diikat jamin bagi kesalahan-kesalahan tersebut, Gunaselan ke pasar raya Giant di Redhill pada 27 Mei, 2017.

Dia mencuri dua coklat Kinder Bueno White dan minuman 100PLUS, tetapi kemudian ditahan polis setelah satu laporan dibuat mengenai pencurian itu.

Apabila pegawai polis cuba memberkasnya, Gunaselan bertindak ganas. Namun dia akhirnya ditahan.

Pada Rabu, Hakim Daerah Kamala Ponnampalam berkata bahawa Gunaselan telah "cuba sedaya upaya" untuk melakukan jenayah-jenayah terhadap wanita tersebut.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua bulan, sebatan sebanyak lima kali dan denda S$2,000 ke atas Gunaselan.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita