Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjara 6 minggu bagi pembantu yang berulang kali mencuri dan gadai barang kemas majikan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada awal tahun 2016, pembantu rumah Indonesia, Suprapti, mencuri wang dan barang kemas dari majikannya tanpa dikesan.

Perbuatannya hanya diketahui apabila majikannya terjumpa sepucuk surat dari sebuah kedai pajak gadai yang ditujukan kepada pembantu rumah itu. Majikan tersebut bersemuka dengan Suprapti, yang mengaku perbuatannya.

Perbuatannya disedari secara kebetulan apabila majikannya melihat surat dari sebuah kedai pajak gadai yang ditujukan kepada pekerja tersebut. Majikan itu kemudiannya berhadapan dengan Suprapti, yang mengaku jenayah yang dilakukannya.

Pada Selasa (20 Dis), wanita berusia 49 tahun itu, yang seperti kebanyakan warga Indonesia menggunakan satu nama, dijatuhi hukuman penjara enam minggu selepas mengakui tiga pertuduhan mencuri daripada majikannya. Dua lagi pertuduhan serupa telah diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu pada Selasa (20 Dis) bahawa sekitar Mac 2021, Cik Nuraisha Ibrahim yang merupakan majikan Suprapti, menyedari bahawa salah satu rantai leher emasnya yang biasanya disimpan di dalam laci di biliknya hilang.

Cik Nuraisha tidak menghiraukannya kerana menyangka beliau ersalah letak barang itu, yang dibeli pada harga kira-kira S$300.

Bagaimanapun, pada Mac tahun ini, beliau menerima surat yang ditujukan kepada Suprapti. Surat itu adalah peringatan daripada kedai pajak gadai untuk menebus barang yang telah digadainya.

Cik Nuraisha kemudian bersemuka dengan pembantu rumah itu, yang mengaku mencuri rantai itu.

Siasatan polis di kedai pajak gadai itu mendapati Suprapti telah menggadai banyak barang di situ, sebahagian daripadanya dia akui telah dicuri daripada majikannya.

Siasatan mendedahkan Suprapti telah mencuri dan menggadai barang kemas dua kali pada Mac 2017 berjumlah S$650, dan lima lagi pada 2016 dengan nilai keseluruhan S$1,190.

Dalam satu kesempatan berasingan pada Februari 2021, dia mencuri gelang emas bernilai S$900 yang digadainya. Dia mendakwa bahawa dia menghantar wang itu kepada keluarganya di Indonesia.

Semua barang berharga tidak didapatkan semula dan tiada restitusi ditawarkan kepada Cik Nuraisha, menurut pendakwa.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa majikan itu menghubungi polis hampir jam 1 pagi pada 29 Nov tahun ini, mengatakan bahawa "Saya menangkap pembantu saya mencuri barang kemas dan barangan lain".

Dokumen itu tidak menyatakan apa yang membuat Cik Nuraisha membuat panggilan tersebut pada masa itu.

Suprapti, yang hadir melalui pautan video pada Selasa (20 Dis), berkata melalui jurubahasa, bahawa dia "sangat menyesal" atas perbuatannya dan merayu supaya hukumannya diringankan.

Bagi setiap tuduhan mencuri ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah, Suprapti boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan