Skip to main content

Singapura

Penjara 12 hari, denda $5,000 & dilarang memandu 3 tahun kerana tertidur, langgar bendul jalan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas menyambut hari terakhir latihan kerahan di sebuah pusat karaoke, seorang lelaki tertidur ketika memandu sehingga melanggar bendul jalan.

Dia ditemui polis dalam keadaan tertidur sambil memakai tali pinggang keledar, dengan kedua-dua belah tangannya masih memegang stereng dan enjin keretanya masih hidup.

Emilio Alphonso Gonzales, seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara 12 hari, denda S$5,000 dan larangan memandu selama tiga tahun.

Dia mengaku bersalah ke atas setiap tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan memandu secara cuai.

Menurut keputusan yang dibuat pada Rabu (14 Ogos), Gonzales berada di sebuah pusat karaoke di sepanjang South Bridge Road pada awal pagi 1 Dec, 2023.

Dia meminum sekitar lima hingga lapan gelas kecil bir ketika menyambut hari terakhir latihan kerana bersama dua rakan lain, dan mengambil minuman terakhir sekitar jam 2.30 pagi.

Selepas itu, ketiga-tiga rakan itu membuat tempahan pemandu kereta privet ke Club Aura, di mana Gonzales meminum lima hingga enam lagi gelas minuman arak.

Selepas minuman terakhirnya pada sekitar jam 4.00 pagi, dia menaiki teksi ke rumah pakciknya, di mana dia mandi.

Sekitar jam 6.00 pagi, Gonzales memandu kereta pakciknya menuju ke kem Nee Soon bagi hari terakhir latihan kerahan.

Namun, dia tertidur sekitar jam 6.20 pagi dan kereta itu menaiki bendul jalan berhampiran sebuah perhentian bas di luar stesen MRT Sixth Avenue.

Seorang saksi yang melihat kereta Mercedes-Benz itu menaiki bendul jalan membuat panggilan bantuan. Apabila polis tiba di tapak kejadian, dua roda kiri kereta berkenaan telahpun menaiki bendul jalan.

Bahagian lain kereta tersebut berada di lorong keempat jalan raya.

Pegawai polis itu mengejutkan Gonzales dan melakukan ujian breathalyser ke atasnya, tetapi dia gagal ujian tersebut.

Gonzales ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana tekanan darah tinggi. Ujian darah mendapati 136 miligram alkohol bagi setiap 100 milileter darahnya, melebihi had 80 miligram.

Gonzales mengaku tertidur, mengaitkan rasa ngantuk dengan aktiviti hari sebelumnya. Kereta itu mengalami calar di bahagian depan dan tepi.

Pihak pendakwaan memohon penjara, denda dan larangan memandu untuk Gonzales, manakala peguam belanya Ashvin Hariharan dari syarikat guaman IRB Law sebaliknya meminta hukuman denda tanpa penjara.

Jika tidak diberikan denda, dia memohon hukuman penjara tempoh pendek.

Hakim menyatakan bahawa rekod pemanduan Gonzales "tidak bersih" - dia pernah melakukan kesalahan memandu laju sebelum ini.

Gonzales membuat rayuan terhadap hukuman penjara dan diikat jamin sementara menunggu rayuan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita