Penjara 10 hari bagi Naib Pengetua Sekolah Menengah Beatty yang rempuh kedai pasar
Naib Pengetua Sekolah Menengah Beatty dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan dilarang memandu selama 30 bulan hari ini (26 Dis) kerana merempuh sebuah pasar tahun lalu. Tiga orang cedera dalam insiden itu.
Insiden berlaku pada sekitar 12.30 tengah hari dan melibatkan sebuah kereta dan tiga pejalan kaki berusia antara 30 hingga 60 tahun.
SINGAPURA: Naib Pengetua Sekolah Menengah Beatty dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan dilarang memandu selama 30 bulan hari ini (26 Dis) kerana merempuh sebuah pasar tahun lalu. Tiga orang cedera dalam insiden itu.
Lim Soon Wai, 52 tahun, mengaku bersalah kerana mengakibatkan seorang penjual bunga, Yeo Lee Eng, 58 tahun, dan temannya, Toh Cheng Hai, 66, cedera parah.
Satu lagi pertuduhan menyebabkan Cik Sri Atun Lestari, seorang amah Indonesia berusia 33 tahun, yang ketika itu membeli bunga dari kedai tersebut, turut dipertimbangkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Lim sedang cuba mengundurkan kenderaannya di tempat letak kereta pusat penjaja Blok 50A Marine Terrace pada 9 Dis tahun lalu, sekitar waktu tengah hari.
Ketika dia sedang mengundurkan kenderaan ke tempat letak kereta kosong, dia menukar gear untuk memandu ke depan, tetapi gagal mengawal keretanya. Keretanya meluru ke depan, ternaik bebendul jalan lalu merempuh sebuah kedai bunga.
Encik Toh tercampak lalu terlentang, sementara dua wanita itu pengsan sebaik sahaja kereta merempuh kedai tersebut.
Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Changi. Encik Toh mengalami kecederaan pada kakinya, yang kini cacat dan hilang keupayaannya buat seumur hidup.
Bagi penjual bunga itu pula, pergelangan kakinya patah manakala urat di bahunya koyak sedikit. Amah di kedai tersebut mengalami lelasan dan beliau berasa mabuk.
Satu pemeriksaan mekanik yang dijalankan terhadap kereta Lim mendapati bahawa kenderaan itu tidak rosak.
Hakim mengizinkan Lim untuk menangguhkan hukumannya sehingga 15 Jan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.