Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjaja diiktiraf; guna kaedah digital perhebat perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2022 08:11PM Dikemas Kini : 11 Apr 2022 08:54PM

SINGAPURA: Sekumpulan penjaja diberikan pengiktirafan pada Isnin (11 Apr) atas kecekalan dan daya inovasi mereka dalam mengharungi pandemik COVID-19. 

Semasa seminar tahunan Penjaja Singapura, anugerah progresif yang baru disampaikan kepada para penjaja yang telah berusaha untuk menggunakan kaedah digital bagi meningkatkan perniagaan mereka. 

Anugerah tersebut adalah sebahagian daripada usaha pemerintah bagi mengesahkan usaha para penjaja untuk berinovasi dan mempersiapkan mereka bagi menghadapi masa depan. 

Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitar Dr Amy Khor berkata COVID-19 telah mengubah tingkah laku para pengguna dan mempercepatkan peralihan kepada pendigitalan. 

Ramai daripada para penjaja kita sudah mula mendakap pendigitalan sebagai kaedah untuk menyokong perniagaan mereka. 

Dr Khor berkata, lebih separuh daripada lebih 6,000 gerai makanan dimasak di pusat-pusat penjaja yang diuruskan pemerintah telah menyertai khidmat penghantaran makanan.

Hampir 70 peratus daripadanya juga menawarkan khidmat bayaran elektronik.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan