Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjaja ABC Brickworks terjejas akibat pemeriksaan TB akan terima rebat sewa

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaja ABC Brickworks terjejas akibat pemeriksaan TB akan terima rebat sewa

Pasar dan Pusat Penjaja ABC Brickworks di Bukit Merah. (Gambar: Google Streetview)

Diterbitkan : 02 Mar 2024 07:47PM Dikemas Kini : 02 Mar 2024 08:06PM
SINGAPURA: Para peniaga di Pasar dan Pusat Penjaja ABC Brickworks akan menerima rebat sebanyak separuh daripada harga sewa bulanan bagi Januari dan Februari lalu.

Langkah pemerintah itu bertujuan untuk meringankan beban bagi mereka yang terjejas ekoran pemeriksaan batuk kering yang dijalankan pada awal tahun ini.

Penasihat Akar Umbi untuk GRC Tanjong Pagar Eric Chua mengumumkan inisiatif tersebut menyusuli rundingan dengan pihak Majlis Bandaran dan NEA.

Selain rebat tersebut, kesemua pegerai dan pemilik kedai-kedai tertentu di Blok 1,2 dan 7 Jalan Bukit Merah bakal dikecualikan daripada membayar kos Perkhidmatan dan Penyenggaran bagi bulan Mac.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan